Wednesday, April 16, 2008

~C i n T @ ~

APe ErTi NyE CiNt@??

''Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.." "Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.."

.. "Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki?Cinta umpama kota kristal,indah di penglihatan ,derita di perasaan..." "Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya,tiba-tiba perasaan malu itu hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenranya bahawa kita telah jatuh cinta." "Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata" "Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut yang lama pastikan sembuh selagi Iman terselit di dada." "Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau.Saat bayu berlagu riang,tika itulah cintanya hadir.Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya" "Cinta bukan paksaan.Ia lahir dari dua perasaan.Kehadirannya tidak diundang,perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan"

"Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan,tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails