Monday, July 7, 2008

~Dedicate To My beloVeD~

..:: sEceBis kaSih ::..

Antara cinta dan persahabatan.
Andaiku diberi pilihan utntuk memilih di antara kedua-duanya..
Akanku pilih kedua-duanya..
Kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidup ku..

Cinta
suatu ungkapan yang belum pasti kan keindahannya..
kerana di sebalik keindahan itu
tersirat seribu kepahitan..
pastinyakan merentap kedamaian jiwa..

seorang pencinta setia..
tatkala ikatan diundang kekecewaan..
namun ia tetap betah menjemput jiwa..
Yang punya hati dan perasaan..
hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini.
tak terungkai dengan bicara di bibir..
tak tergambar dengan lakonan..
begitulah syahdunya kurniaan illahi..
lahir dari hati seorang insan..
berakal beremosi penyayang dan berperasaan..

persahabatan..
satu ikatan yang lahir dari hati..keinginan yang ikhlas..
berkongsi tawa,tangis,kasih sayang serta keakraban..
sesungguhnya,sahabat tempat berbicara setulusnya..
tentang impian dan pengertian hidup ini..

teman yang budiman..
mengertilah maksudku ini..
sesungguhnya apa yang tersimpul di HATI kecilku..
sejak perkenalan kita..

kita bina tugu persahabatan ini.
Yang dipagari besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah di hati kita.
tak tumbang dek rintangan

dikau yang ku sayang
hanya satuku pinta..
Agar kau & aku sentiasa berkekalan.
selamanya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails