Friday, February 20, 2009

Sayang Menyayang..Cinta Mencinta..lalala

Sayangi dia dengan hati,
bukan dengan perasaan.
Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan,
ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Sayangi dia seadanya.
Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti.
Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu.
Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa- apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya.
Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia.
Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda.
Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda.
Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
Hormati pendirian dan keputusan dia.

Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia.
Dia adalah satu- satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama- lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat.
Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji.
Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun
~Love My Family Very2 Much~
Sekadar Gambar Hiasa..Gambo nie blur2 lak kan..

6 comments:

Qaseh.Darwisy said...

..Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan..

Aku nangis baca ayat ni coz br aku sedar skang ni jiwa aku da mati slowly..ssh da aku nk becinta balik..

Nice sharing hanie..

Catz said...

hi H@ni..
thanks for visiting my blog.
u have a very nice blog...
and i add u already..

btw..bagus entry ini....nice thing to read.

salam kenalan
catz

~H @ N i ~ said...

Qaseh,
aku pon merasakan ape yg ko rase..kdg2 aku rase yg mmg btol r cinta itu membunuh kite..

pape pon kite jgn putus bedoa..semoga sinar kenbahgiaan sentiasa menyinar hidup kite..amin

~H @ N i ~ said...

Catz,
Thanks 4 visiting n add my blog..
hopefuly kite leh jadi kwn n share sometings..

salam bekenal kenalan lah kite..

cikpid said...

marilaa kite berkasih sayang..huhuhu..

~H @ N i ~ said...

cikpid..
eh pid tkr pnpid lak lah..hehe
mari lah kite berkasih kasihan..ahakz

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails