Monday, March 2, 2009

K a w a N - K a w a N

Imam Al-Ghazali berkata ' Kawan dibahagikan kepada 3 " :

1) KAWAN YANG PERTAMA - Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi limu & nasihat agama kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2) KAWAN YANG KEDUA - Dia tak ada ilimu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapatkan laksana perintah Allah.

3) KAWAN YANG KETIGA - Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi limu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi maafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang bawa kepada kemaksiatan kepada Allah s.w.t.

Nabi SAW bersabda ' Seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikkan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu.

Kesimpulan hadis -

Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah,orang yang selalu buat maksiat ( seperti tidak solat, tidak puasa di bulan Ramadhan, tidak menutup aurat mengikut kehendak agama dan perkara-perkara yang menjurus kepada maksiat ) dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia, kalau dia kaki 'karaoke' kita pun akan jadi kaki 'karaoke', kalau dia kaki tengok wayang kita pun jadi kaki tengok wayang, kalau dia kaki tak tutup aurat kita pun ikut dia tak tutup aurat, kalau dia kaki tak solat kita pun akhirnya akan jadi kaki tak solat.

Ambillah iktibar dan jangan tersilap pilih kawan di dunia ini.

sekadar gambo hiasan.. tiada kene mengena antara yg hidop @ x.. ;)


kwn2 mse degree uitm shah alam.. msg2 ngn haluan msg2.. most of them dh de fmly sndirik..



miss giler kat uols..

our mini trip b4 final xm.. ble r dpt camni lagi ek..
~itu sajok 4 this n3~

2 comments:

Qaseh.Darwisy said...

Apesal muka aku x de dalam gambo tu smua???herkkk!!

~H @ N i ~ said...

haha.. ko sibuk ngn mangkuk tu kan.. so cane nk appear dlm gambo aku..heee (sorry ninie)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails