Thursday, April 2, 2009

~Hati & Perasaan~

Eii knape sejak semenjak nie asyik n3 pasal cintan cintun ne ek??haha bukan ape uouls aku sbnarnye dpt pelbagai email yg berkaitan ini semua n sebagai menghargai nye aku tepek la kat sini boo what santapan uouls cemua..(mcm mknan plak ek)..ala sape2 yg rajin nk bce..bce lah sape yg agak2 bosan toksah bce okeh.. so pape pon kite enjoy.. lalala



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita
berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul
supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu
bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian dan hikmah di sebalik
pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan
tertutup, yang lain akan terbuka tapi
lazimnya kita akan memandang pintu
yang telah tertutup itu terlalu lama
hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telahpun dibukakan untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang
yang anda boleh duduk di dalam buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata apa-
apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah
perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami..


Memang benar yang kita tidak akan tahu
apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita kehilangannya dan juga benar
bahawa kita tidak tahu apa yang kita
rindukan sehinggalah 'ia' datang.


Memberi seseorang seluruh cinta anda
bukanlah satu kepastian yang mereka
akan menyintai anda kembali!


Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di
dalam hati mereka tapi sekiranya ia
tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda. Ia cuma mengambil
masa seminit untuk jatuh hati pada
seseorang, satu jam untuk menyukai
seseoran g, satu hari untuk menyintai
seseora ng tetapi ia mengambil masa
sepanjang hidup untuk melupakan
seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan
kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan
susut.

Carilah seseorang yang membuatkan anda
tersenyum kerana ia cuma memerlukan
sekunt um senyuman untuk mencerahkan
hari yang suram. Carilah yang
membuatkan hati anda tersenyum. Akan
tiba satu ketika di dalam kehidupan
apabila anda teramatkan rindukan
seseoran g sehingga anda ingin
menggapainy a dari mimpi anda dan
memeluknya dengan sebenar.


Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergila h ke mana-mana yang ingin anda
tujui dan jadilah apa yang anda
inginkan kerana anda hanya memiliki
satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin
anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang
cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk
membuatkan anda kuat, kesedihan yang
cukup untuk memastikan anda adalah
seorang insan dan harapan yang cukup
untuk membuatkan anda bahagia. Selalu
bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang..J ika anda rasa ianya
menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin
menyakitk an orang lain juga.


Keb ahagiaan seseorang manusia tidak
semestinya dalam memiliki segala yang
terbaik. Mereka hanya membuat yang
terbaik dalam hampir apa saja yang
datang di dalam perjalanan hidup
mereka.


Kebahagiaan terletak kepada mereka
yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka
yang telah mencuba. Hanya mereka yang
boleh menghargai kepentingan manusia
yang telah menyentuh hidup mereka.


Cinta bermula dengan senyuman, mekar
dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan. Masa depan yang cerah
sentiasa berteraskan kehidupan yang
lalu yang telah dilupakan. Anda tidak
boleh meneruskan kehidupan dengan
sempurna sehingga anda melupakan
kegagal an dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis
dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda
supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang
sekeliling anda pula yang akan menangis




~uweeek... org ni sgt puyus.. inteperim muka segedabak alam..~(suke ati r.. aku tetap aku..lalala)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails