Sunday, July 26, 2009

Al-Fatihah buat Arwah Yasmin Ahmad

Petikan dari utusan malaysia:

"KUALA LUMPUR 25 Julai - Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

Menurut sahabat karib Allahyarham, Fatimah Abu Bakar, Yasmin menghembuskan nafas terakhir di sisi suami beliau, Tan Yew Leong serta adik-beradiknya.

Turut berada di sisi Allahyarham ialah Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang juga kawan baik Yasmin.

Jenazah Allahyarham Yasmin akan dikebumikan sebelum solat Zohor di tanah perkuburan yang akan ditentukan kemudian.

"Jenazah Allahyarham juga akan dibawa ke Masjid SS19 Subang Jaya untuk disembahyangkan serta memberi peluang kepada rakan-rakan yang mengenali Allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir," kata Fatimah yang mewakili keluarga Allahyarham Yasmin kepada wartawan pada sidang akhbar di HPD lewat malam ini.

Khamis lalu, Allahyarham Yasmin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Pakar Damansara selepas pengsan ketika membentangkan kertas kerja di TV3, Bandar Utama di sini."


Al-fatihah buat Arwah Yasmin Ahmad, semoga roh nye dicucuri rahmat dan tergolong dalam gologan orang2 terpelihara..amin..

Nampak nye negara kite telah kehilangan seorg pengarah/filem maker yg begitu berbakat besar.. karya2 arwah memang cukup terkenal dengan mesaj2 yg bermanfaat dan memberi kesan kepada penonton nye..

Aku mula meminati filem arahan arwah mse mula2 tgk cerita sepet waktu tu x pg wayang cume beli CD die jek.. byk kali gak la ulang2 tgk.. watu tu zaman2 stdy so weouls xde tv kat hostel so layan CD jek la.. pas tgk tu rase cam best lak..then after that bile de jek cerita2/filem arahan die pasti aku akan tgk.. mukhsin and talentime misal nye nmpk mcm satu filem yg simple tapi sarat denagn pelbagai masej tersendiri.. banyak element2 yang cuba dtonjolkn.

dalam filem arahan beliau juga selalu mencungkil bakat2 bkalu xsilap aku pnh bace yg mane arwah lah org yg bertanggung jawab mengetengah kn bakat beliau. dlm talentime pulak pelakon2 nye pon byk yg baru2 but lakonan mantap..so bile kite tgk xde r buhsan sgt kan..ye r balik2 muka yg same jek... hehe

pape pon yg pergi tetap pergi.. jasa dan pengorbanan yg beliau telah curah kn perlu lah dihargai..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails