Monday, October 5, 2009

Take a break..

otak buntu? stress? mari rehat2 kan minda anda sambil bce n3 aku ini..hik3..copy paste dr email.. layan lah uouls

Cerita 1:

Isteri sakit jantung?

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara
isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat
isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

"Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab
isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat
dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata,

"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."

Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan
(bukan nama sebenar) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman
menarik Mazlan keluar dan berkata,

"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan
anak aku ye?"


Don't worry, I got a lot of XXX in my country

Cerita 2:

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk
bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh.
Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri....borak
punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu
dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan
duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat
kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata American tadi...
"Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa
nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla
tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku
pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"


Cerita 3:

Otak seorang mat Rempit

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah
mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah
tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak,
pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat
kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana
pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak
sebut?".

Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang
TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi
merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".

4 comments:

Cikpid said...

hahahahahha..

pengsan aku baca lawak2 nih...

..::daria::.. said...

hahahha..
thanx wat aku gelak pg2 hari..:p
pilihan aku , lawak no 1..mengongg..hahaha

~H @ N i ~ said...

cikpid:hehe, mmg lawak kn..aku bce mula2 rse nk guling2 lak

daria: ur most wlcm noma..
Lawak no.1 mmg mengong.bleh plak die pikir camtuh..hik3

..::daria::.. said...

hahahaha..pg2 dh wt aku gelak..pilihan saya : lawak no 1..hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails