Wednesday, January 20, 2010

mari berdoa

Ya allah ya tuhanku
seandainya dia menjadi milikku
tercipta untukku
dekatkanlah dia pada ku
satukanlah hatinya dan hatiku
tetapkanlah kemesraan antara kami
agar kebahagiaan ini abadi

ya allah ya tuhanku
seandainya telah kau takdirkan di bukan milikku
bawalah dia pergi jauh dari pandanganku
dan peliharalah diriku dari kekecewaan

ya allah ya tuhanku
berikanlah diriku kekuatan
melontarkan bayangannya ke dada langit
agarku rasa bahagia walaupun tanpa dirinya
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
meskipun tak sama dengan dirinya
seandainya dia datang menemuiku
cinta itu cinta yang sejati dan satu
seandainya dia tidak datang menemuiku
anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi

ya allah ya tuhanku
pasrahkanlah apa yang engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
kerana engkau maha mengetahui
bahagia yang terbaik untuk hambamu ini

ya allah
cukupkanlah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
di dunia mahu[un di akhorat
dengarkanlah rintihan daripada hambamu yang daif ini
jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun di akhirat
manjuruskan ke arah kemaksiatan
dan kemungkaran kepadamu
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama membina
kesejahteraan yang engkau redhai
dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah....insyaalah
apa2 yang jadi mesti ada hikmahnya..cuma kadang2 kita terlupa


~Repekan oleh:H@ni~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails