Friday, February 5, 2010

yang ditunggu-tunggu udah muncul lagi

Hehe.. uouls hari ini hari jumaat.. hari yang saya nanti-nanti kan setiap minggu..sebab esok nya dh sabtu..masa untuk kita merongeng..sebab saya adalah cuti setiap sabtu dan ahad...

Sejak dua menjak nie saya x sabar2 nk tunggu hari jumaaat rasa macam bila dh hari jumaat tu macam happy jek.. padahal bukan lah hari jumaat tu dh tak payah buat keje, tah la ek.. mungkin sebab saya ni asek pikir cuti jek kot..sebab tu la jadi cenggini..sila jangan tiru perangai saya yang like budak-budak TADIKA yang xmo gi sekolah tu..hehe

Dalam islam hari JUMAAT tu di panggil penghulu segala hari.. salah satu sebab nya hari jumaat adalah hari untuk kita berkumpul dan beribadat kepada ALLAH S.W.T.
Menurut hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

"Sebaik-baik hari dalam seminggu adalah hari Jumaat. Padanya Allah mencipta Nabi Adam, dan padanya juga dimasukkan ke Syurga, dan padanya juga dikeluarkan. Dan tidak terjadi hari Kiamat melainkan pada hari Jumaat." Hadith riwayat 5 perawi kecuali Bukhari.

Maka hari Jumaat merupakan hari yang paling mulia dalam seminggu. Di dalamnya ada waktu yang sangat mustajab doa. Di dalamnya disyariatkan solat Jumaat. Di dalamnya disyariatkan khutbah Jumaat. Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Jumuah, ayat 9:

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk mengerjakan solat Jumaat maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli. Itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu ketahui.

Di antara hikmah Allah s.w.t mewajibkan solat Jumaat adalah agar kita sentiasa diperingati untuk menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah. Malah wasiat untuk bertaqwa kepada Allah merupakan satu rukun yang wajib pada khutbah Jumaat. Begitu juga setiap hari Jumaat merupakan peluang untuk kita mendengar nasihat, peringatan dan kebesaran Allah s.w.t, agar kita memperbaharui keimanan kita kepada Allah, mengukuhkan lagi aqidah kita dan menambahkan lagi cinta kita kepada Islam. Inilah antara hikmah diadakan khutbah pada solat Jumaat.

Amat sedih sekali jika kita menganggap solat Jumaat ini sebagai satu perkara yang rutin, yang diulangi tanpa ada apa-apa kesan didalam jiwa. Malah lebih malang lagi apabila ada sebahagian kita menganggap waktu khutbah Jumaat sebagai waktu rehat, waktu melelapkan mata, waktu tidur. Ada sebahagian jemaah yang bukan sahaja tidak menghayati khutbah yang disampaikan, malah dibuai mimpi, seolah-olah khutbah Jumaat adalah cerita-cerita belaka. Tentu kita tidak mahu menjadi orang yang khayal ketika khutbah disampaikan. Tentunya kita tidak mahu menjadi orang yang tidur ketika khutbah disampaikan.

Kerana orang yang tidur dan khayal ketika khutbah disampaikan akan terlepas fadhilat mendengar khutbah, mereka akan terlepas meningkatkan ketaqwaan mereka. Akan terlepas dari mereka peluang untuk menambahkan keimanan mereka. Rasulullah s.a.w melarang kita dari berbual ketika khutbah sedang disampaikan. Sesiapa yang berbual maka akan terlepas pahala Jumaat mereka. Mengapa? Agar kita dapat menghayati khutbah. Inikan pula seorang yang tidur ketika khutbah disampaikan. Bagaimanakah mereka akan mendapat rahmat Allah?

Mungkin tajuk khutbah yang disampaikan sudah biasa kita dengar. Mungkin juga khatib yang menyampaikan khutbah tersebut tidak mahir berpidato. Mungkin juga kita tidak faham apa yang disampaikan. Tetapi ini bukan alasan untuk kita khayal atau tidur ketika khutbah disampaikan. Kerana rahmat yang Allah turunkan tidak bergantung keseluruhannya kepada isi khutbah Jumaat, ataupun cara khatib menyampaikan khutbah, ataupun bahasa khutbah itu sendiri. Rahmat yang Allah turunkan bergantung kepada tahap khusyuk dalam hati kita.

Bagaimana kita boleh mendapat khusyuk kalau kita tidur? Jika kita tidak dapat menghayati khutbah, maka sebaiknya berzikirlah dalam hati. Atau kita mengingati kembali segala dosa-dosa dan maskiat yang kita telah lakukan. Dan bersegeralah meminta ampun daripada Allah s.w.t, moga-moga ketika kita memohon ampun dari Allah tersebut adalah waktu mustajab doa. Kita tidak tahu samada kita dapat berjumpa Jumaat akan datang atau tidak. Malah kita tidak tahu samada ajal kita akan tiba apabila kita selesai dari mengerjakan solat Jumaat ini. Maka anggaplah ini merupakan solat Jumaat yang terakhir kita di muka bumi ini. Anggaplah setiap Jumaat merupakan yang terakhir kita di muka bumi ini. Tidakkah kita mahu bertaubat sebelum ajal datang menyambar. Allah s.w.t berfirman:

"Bagi setiap umat ajalnya. Apabila datang ajal mereka maka tidak diperlambatkan atau dipercepatkan sedikitpun."

Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah memastikan bahawa niat kita diperbetulkan apabila kita ingin menunaikan solat Jumaat. Adakah kita pergi ke masjid hanya sekadar melepaskan tanggungjawab solat Jumaat? Adakah kita pergi ke masjid untuk berehat? Atau adakah kita pergi ke masjid untuk mendapat rahmat dari Allah? Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadith yang masyhur:

Sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung kepada niat. Dan sesungguhnya setiap seorang mendapat hasil dari apa yang diniatkan. Oleh itu, marilah kita perbetulkan niat kita apabila kita ingin menunaikan solat Jumaat. Kita pergi ke masjid atas niat untuk mendapat rahmat Allah s.w.t. Insya Allah, rahmat Allah yang akan kita perolehi kelak. Dan dengan rahmat Allah, kita akan dapat mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah. Firman Allah s.w.t:

"Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan mereka tidak takut kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka tergolong dalam orang-orang yang diberi petunjuk." (At-Taubah, 18)

Ehsan dari:encet kejong

Banyak kn fadhilat hari JUMAAT..Semoga Hari ini memberi seribu satu makna buat kita semua
Salam jumaat semua.. (*_*)


~Repekan oleh:H@ni~

1 comment:

zella said...

esk kene keje half day... ;(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails