Wednesday, April 14, 2010

satu2 saya sayang ibu.. dua2 saya sayang ayah..





Lazimnya, lelaki berhati waja. Walau tertusuk duri, dia masih tegak berdiri biar pun tidak lagi terdaya untuk berlari. Berbeza dengan kalbu seorang ibu yang mudah lebur berserakan menjadi debu, cair bak kerak nasi terendam di air.

Kadang kala bila sesekali menerima ucapan hari lahir atau hari bapa dari anak-anak, jauh di sudut hati mengatakan yang ucapan sedemikian tidak perlu. Seorang ayah yang ikhlas tidak pernah mengharapkan sesuatu. Tidak juga minta dikenang.

Apakah benar tiada apa yang diinginkan oleh seorang lelaki bergelar ayah?
Hati seorang ayah sudah cukup terhibur kalau anak-anak membesar menjadi insan berjaya dalam akademik, kerjaya, mempunyai keluarga bahagia dan yang tidak kurang pentingnya menjadi insan yang tidak mengabai kewajipan agama.

Hati seorang ayah sudah cukup terhibur melihat kegigihan anak mengabdi diri di taman ilmu. Hadiah paling berharga yang diimpikannya cuma sekadar kesempatan menjadi tetamu dihari konvokesyen, melihat anak memanjat tangga dengan wajah ceria, menerima segulung kartu dari chancellor.

Dan sekeping potret menghias dinding di teratak usang sebagai kenangan.
Kepada anak yang sudah melewati menara gading, terasa lega di hati ketika mendengar berita si anak berjaya dalam temuduga, sebagai landasan untuk berdikari, melakar jejak sendiri.

Kepada anak perempuan, seorang ayah cuma mengharap bahawa suami anaknya adalah seorang lelaki penyayang yang tegas dalam kelembutan, pintar mengemudi biduk rumahtangga, seorang nakhoda yang bijak mengawal haluan bahtera dari terjahan badai dan taufan. Dan anak perempuannya pula mengerti tanggung jawab seorang isteri.

Kepada anak lelaki, seorang ayah juga mengharap anaknya bertemu jodoh dengan seorang wanita solehah yang tahu mengambil hati suami dan anak lelakinya pula mengerti tanggung jawab terhadap isteri.

Di cuping telinga seorang bapa di hujung kembara, tiada irama semerdu alunan mesra gurau senda anak-cucu ketika sesekali mereka berkesempatan datang bertandang.
Di ruang mata seorang bapa meniti senja, tiada klip video yang lebih indah selain melihat keriangan anak-anak dan cucu-cucu ketika sesekali datang bertamu, menguntum senyum penghias wajah.

Tidakkah wajah itu cermin hati!
Dan seorang bapa dengan kudrat yang makin terbatas dan ketaran langkah yang kian lesu terus bertafakur bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan memanjatkan doa dalam kesyahduan sujud yang pasrah…

“Rabbana hablana min azwajina wazzurriyyatina qurrata a’ayun waja’alna lil muttaqina imama.”


Ayah terima kasih atas jasa ayah selama ini, membesar kan kami 5 beradik sehingga ke tahap ini.. saya bangga menjadi anak ayah..

Selamat ulang tahun yang ke 60, semoga ayah di panjang kn umur, di murah kan rezeki, di beri kesihatan yang baik..Luv u ayah (*_*)


Nota tumit kaki: Selamat ulang tahun juga kepada mereka2 yang same besday ngan ayah saya.. Noma happy besday (*_*)

~Repekan oleh:H@ni~

2 comments:

zella y said...

happy birthday utk ayah hani... ;)

tetiba tringat kat papa... bulan ni xdpt cuti nk blk kmpg ;(

~H @ N i ~ said...

Zella: Thanks alot dear..

aloo cian nye die.. kita pon ujung bulan baru balik.. lambat agi r leh celebrate beday ayah ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails