Tuesday, June 29, 2010

Hargailah ia sebelum TERLEWAT

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."



Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Betitahulah kepada SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA. dan sangat BERHARGA.


Nota tumit kaki:Ini adalah dari email yang saya dapat..just sharing to all my readers..sharing is caring kan..eh saya belum menjadi isteri orang lagi la..(^_^)


~Repekan oleh:H@ni~

Sunday, June 27, 2010

Ila Damia Tersingkir..

Layan separuh akhir mento 4 malam nie..

xdek la tengok mana pun tapi sebab dah xdek cite best nk tengok tegok jugak la.. nak tgk bola xdek lak Chanel tv yg bleh di tengok.. semua nye x clear kecuali tv3..huhuhu

emm sambung cite pasal mento 4.. si chanteq ila Damia protoge Joe Flizzow tersingkir..
Malam nie nye performance agak kurang cikit.. maybe salah pilih lagu kot..sebab dengar sore die macam gigil2 sikit tadi.. tapi before this saya rase sore die ok.. malah jadi antara peserta peberet jugak la..

apa nak buat dah tersurat die tersingkir kali ni..sila cuba lagi ila.. (^_^)




~Repekan oleh:H@ni~

Bila ROH memasak menjelma

Ini lah jadi nye kalu semangat memasak datang menjelma... last week adalah hari masak memasak..gigih saya gi beli barang2 basah stok senminggu..
Ala dulu2 masa duduk reramai memang saya rajin..eh bukan rajin tapi suka memasak.. cume bile dh tinggal sorang2 nie langsung malas nak masak plus makan sorang-sorang kan lagi la xdek feel..

Saya mmg suka masak walaupun xpandai mana pun..masa zaman2 study lagi tugas saya adalah menjadi tukang masak..haha..statement xbley blah tol ni...hik3.. sedap ke tak tu kena tanya mereka2 yang penah rasa la..hehe..eh saya pernah masuk majalah mase zaman study dulu taw.. dalam majalah RASA dalam sekmen si bujang memasak..alamak gambar bukti xdek la pulak.. ti saya korek2 kat kampung kot ade majalah tu ke kang ek..


layan la gambar2 saya main masak2.. resepi adalah mengikut suke2 ati..konon nak modify bagi jadi healthy food.. xtau la health ke idok..keh3


Wholemeal spagety mee sup wif alot of vege & tofu + udang




Colorful of Spagety

Nota tumit kaki: Seronok jugak main masak2 ni ek.. (^_^)

~Repekan oleh:H@ni~

Friday, June 18, 2010

Setahun sudah berlalu..

Sudah setahun berlalu pergi..Tapi ingatan saya pada kamu masih seperti dulu.. Sama tiada kurang walaupun seinci..

Setahun yang lalu pada tarikh 18 June 2009 kira-kira Jam 7.00 pm ALLAH telah jemput kamu pulang ke pangkuan nya. Kamu telibat dalam Kemalangan Jalan Raya semasa pulang dari mencari rezeki. Kereta yang di pandu kamu telah bertembung dengan sebuah Van dari arah bertentangan dan kamu maut di tempat kejadian.

Sekitar pukul 8.30 malam baru berita itu saya terima. Tergamam dan sebak bergabung menjadi satu. Tak terkata saya ketika itu. Air mata mencurah2 tanpa henti. Kamu telah tinggal kan kami buat selama2 nya.. itu lah hakikat yang perlu saya terima walaupun hati meronta-ronta tidak mahu ia terjadi.. Allah lebih sayang kan kamu.. Sejak menerima berita itu saya cuba sedaya upaya menerima kententuan ini. Saya cuba untuk redha dengan pemergian kamu.. Saya tahu ia amat sukar. Tapi saya tetap akan cuba.. lama kelamaan pasti boleh..tapi itu bukan bermakna saya tak ingat kamu, saya tetap ingat kamu..





Dulu tiap kali raya pasti kita akan beraya bersama. Kamu, saya dan Niza kadang2 Dayang ikut sekali. Tapi sejak raya lepas kamu pergi tinggal kan kami semua tu dah tak seperti dulu.. Raya kami tak seceria dulu..suram aje..kami mintak maap banyak2 raya lepas kami tak beraya di rumah kamu, bukan kami lupa kan kamu, bukan kami x sudi beraya rumah kamu tapi kami masih belum ade kekuatan untuk berhadapan dengan keluarga kamu, kami tak nak bila keluarga kamu nampak kami, keceriaan mereka bertukar menjadi duka..menjadi sedih.. sebab sejak kamu pergi tiap kali bertemu atau bertembung dengan keluarga kamu pasti mereka jadi sedih. Mungkin kelibat kami membuat kan mereka terkenangkan kamu. Walau pun mulut kata redha tapi hati masih belum kuat untuk menerima itu semua.

Kamu adalah salah sorang kawan baik yang saya ada, walaupun kamu telah tinggal kan saya tapi saya tetap anggap kamu teman baik saya sampai bila-bila. Doa saya semoga kamu tenang disana. Mendapat tempat disisi Allah S.W.T.. Saya Sayang Kamu, Rindu kamu..AL-fatihah


Rase nye ini lah gambar terakhir saya bersama arwah
~Repekan oleh:H@ni~

Sunday, June 13, 2010

Selamat menyambut Bulan Rejab


Bulan Rejab datang kembali..Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t masih di beri peluang menemui Rejab kali ini. Bulan rejab adalah bulan Allah s.w.t di mana banyak fadhilat yang telah di janji kan oleh Allah s.w.t kepada hamba2 nya melalui hadis-hadis yang telah diriwayat kan oleh Rasulullah s.a.w


Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang BERPUASA di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan BERSEDEKAH seperti beribadat seribu kali haji dan umrah, Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun


Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

Israk dan Mikraj (27 Rejab)

Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al Israa': 1)

DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."


Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.


Sama-sama lah kita rebut peluang mengerjakan kebaikan selagi hayat masih ada.. esok Start dah 1 Rejab.
~Repekan oleh:H@ni~

Thursday, June 10, 2010

Adinda ku sayam

Adinda ku sayam..sungguh cumel kamu ni la..


Malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita
Selama ini hanya kau yang ku tunggu

Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Apa saja yang kau mahu


Chorus
Semua untukmu oh adindaku
Dengarlah rayuan di hatiku
Sesungguhnya aku mencintaimu
Selalu di hatiku memanggil namamu
Oh adindaku oh adindaku
Semua kerana kerna kamu

Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku
Yang selalu menerangi hari gelapku

Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu
Semakin hari semakin ku rindu

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu dihatiku
Semua yang kau mahu

Ulang Chorus

Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa



~Repekan oleh:H@ni~

Walau Pun DIA telah pergi..DIA sentiasa ada dalam ingatan

Tadi masa check email saya terus terpaku sekejap.. terus rase sebak..
10 June 2010.. Genap umur Arwah 27 tahun, Dah dekat setahun arwah tinggal kan kami..Kehilangannya amat lah terasa buat kami.
satu masa dulu DIA yang menceria kan kami, tanpa DIA kami seperti kekeringan idea..kekeringan cerita..
Allah lebih sayang kan DIA..Semoga DIA di tempat kan di kalangan orang-orang yang terpelihara..Aminn

Cerita pemergian nye uouls bleh bace kat n3 ini dan sini

~Repekan oleh:H@ni~

Telekung Chanteq part 2

Material dari soft cotton (sejuk di pakai)
Telekung Nur Nilam (Bersulam warna warni tanpa beg)
Kain bergetah di pinggang (ada sulam sikit dikaki kain)
Ada 5 colour Biru,Hijau,Coklat,Pink dan juga Putih bersih
Harga hanya RM 60 (Tidak Termasuk Postage)
Postage Cost RM 6

Bagi yang berminat uouls boleh la email hanie_smiles@yahoo.com ataupun tinggal kan comment disini Boleh juga terjah ym saya hanie_smiles
sila nyatakan detail2 seperti dibawah:-

1) Kod/Warna
2) Kuantiti
3) Nama+Alamat






Nota Tumit Kaki: Pembelian dalam kuantiti yang banyak boleh dapat sepecel diskaun..mari2(^_^)

~Repekan oleh:H@ni~

Telekung Chanteq Part 1

Mari-mari uouls cuci-cuci mata shoping-shoping telekung..chanteq-chanteq..
Telekung sulam indah Indonesia didatang pakej bersama beg yang comel.
Mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja, sesuai untuk kegunaan sendiri, dijadikan hadiah, hantaran perkahwinan/pertunangan dan sbgnye..

Material dari soft cotton (sejuk di pakai)
Telekung Nur Qaseh (Bersulam kerawang warna warni + Beg)
Kain bergetah di pinggang (ada sulam sikit dikaki kain)
Harga hanya RM 75 (Tidak Termasuk Postage)
Postage Cost RM 6

Bagi yang berminat uouls boleh la email hanie_smiles@yahoo.com ataupun tinggal kan comment disini Boleh juga terjah ym saya hanie_smiles.
Sila nyatakan detail2 seperti dibawah:-

1) Kod/Warna
2) Kuantiti
3) Nama+Address





TLB 001-Pink+Biru



TLB 002-Merah+Hitam





TLB 003-Purple+Crim





TLB 004-Biru+Oren




TLB 005-Hitam+Kuning




TLB 006- Purple+Pink




TLB 007-Pink+Turqoise


~Repekan oleh:H@ni~

Sunday, June 6, 2010

Kamera DSLR Nikon untuk dijual segera!



Salam buat semua readers. Meh2 nak bagi tau anda semua sapa-sapa yang sedang mencari kamera digital Nikon, model second-hand boleh ushar kamera kat sini. Ada orang nak tolak murah-murah jer kamera NIKKON D3000 die.

Siapa yang berminat, anda bleh usha2 kat blog incik ini. Kalu nak mintak tolong saya pun boleh jugak.. just email me hanie_smiles@yahoo.com or terjah YM saya juga tinggal kn Comment disini.

Ade tak yang baik ati nak adiah kan DSLR camera kat saya…auw..auw suke nye saya..mau senyum sampai ke telinga nanti..hehe (^_^)


Nota Tumit kaki: DSLR mmg dah lame dok dalam wish list saya..bile gak nye impian menjadi kenyataan ni..ngeee =)

~Repekan oleh:H@ni~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails