Friday, June 18, 2010

Setahun sudah berlalu..

Sudah setahun berlalu pergi..Tapi ingatan saya pada kamu masih seperti dulu.. Sama tiada kurang walaupun seinci..

Setahun yang lalu pada tarikh 18 June 2009 kira-kira Jam 7.00 pm ALLAH telah jemput kamu pulang ke pangkuan nya. Kamu telibat dalam Kemalangan Jalan Raya semasa pulang dari mencari rezeki. Kereta yang di pandu kamu telah bertembung dengan sebuah Van dari arah bertentangan dan kamu maut di tempat kejadian.

Sekitar pukul 8.30 malam baru berita itu saya terima. Tergamam dan sebak bergabung menjadi satu. Tak terkata saya ketika itu. Air mata mencurah2 tanpa henti. Kamu telah tinggal kan kami buat selama2 nya.. itu lah hakikat yang perlu saya terima walaupun hati meronta-ronta tidak mahu ia terjadi.. Allah lebih sayang kan kamu.. Sejak menerima berita itu saya cuba sedaya upaya menerima kententuan ini. Saya cuba untuk redha dengan pemergian kamu.. Saya tahu ia amat sukar. Tapi saya tetap akan cuba.. lama kelamaan pasti boleh..tapi itu bukan bermakna saya tak ingat kamu, saya tetap ingat kamu..





Dulu tiap kali raya pasti kita akan beraya bersama. Kamu, saya dan Niza kadang2 Dayang ikut sekali. Tapi sejak raya lepas kamu pergi tinggal kan kami semua tu dah tak seperti dulu.. Raya kami tak seceria dulu..suram aje..kami mintak maap banyak2 raya lepas kami tak beraya di rumah kamu, bukan kami lupa kan kamu, bukan kami x sudi beraya rumah kamu tapi kami masih belum ade kekuatan untuk berhadapan dengan keluarga kamu, kami tak nak bila keluarga kamu nampak kami, keceriaan mereka bertukar menjadi duka..menjadi sedih.. sebab sejak kamu pergi tiap kali bertemu atau bertembung dengan keluarga kamu pasti mereka jadi sedih. Mungkin kelibat kami membuat kan mereka terkenangkan kamu. Walau pun mulut kata redha tapi hati masih belum kuat untuk menerima itu semua.

Kamu adalah salah sorang kawan baik yang saya ada, walaupun kamu telah tinggal kan saya tapi saya tetap anggap kamu teman baik saya sampai bila-bila. Doa saya semoga kamu tenang disana. Mendapat tempat disisi Allah S.W.T.. Saya Sayang Kamu, Rindu kamu..AL-fatihah


Rase nye ini lah gambar terakhir saya bersama arwah
~Repekan oleh:H@ni~

1 comment:

sI tEDI said...

Arwah amat cantik dan comel. Al-Fatihah buat arwah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails