Monday, August 30, 2010

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org yang salah ♥



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥
Sumber: Dari SINI
Nota Tumit kaki: Terima kasih atas nota ini awk..Saya bersyukur kerana Allah masih beri saya peluang ini..

~Repekan oleh:H@ni~

Friday, August 27, 2010

Hey PENIRU!!!!!!!!!!!

Tibe-tiba saya rasa nak sepak orang jek.. sakit ati pulak.. hello kamu yang tiru saya bukan saya tiru kamu okeh.. Jadik sila sedar diri..

Saya memang adalah pantang kalau ada orang yg suka nak tiru-tiru pastu si peniru feel like dia amat lah berbangga lalu berkata eh kita nya selipar sama lah.. tapi saya punya lagi cantik..
pada hal sah2 before dia beli die dah nampak selipar saya tuh..lalu die bekenan dan meniru sama-sama beli jugak.. hadusshh saya ingat masa zaman sekolah-sekolah jek ada peniru macam ni..upanya sangkaan itu meleset..

Tak pasal2 saya hangin..kan dah..isshhh kurang pahala pose..okeh rasa dah lega sebab dah luah kat sini..dah boleh buat benda lain dah..sorry yek uouls keadaan tak dapat di kawal..huhu


Nota Tumit Kaki: Sapa die biar tak perlu kot bagi tahu.. biar lah rahsia.. Dah rahsia xleh la bagi tahu..hehehe


~Repekan oleh:H@ni~

Thursday, August 26, 2010

Kisah KASIH Aliya: [EPISODE NUKILAN HATI]

Ada TOKOH Jadi BAPAK Mithali (*_*)
.: Gambar Sekadar Hiasa :.


Di tepi jendela termenung sendirian..
Menikmati angin petang di kampung halaman
Terasa nikmat sekali..Indah nya ciptaan TUHAN
Tiba-tiba terkenang peristiwa lama..
peristiwa yang membawa penuh makna dalam hidup ini
Peristiwa yang tak mungkin akan di lupakan
selagi nyawa di kandung badan selagi itulah ia masih segar dalam ingatan

Tiba-tiba Aliya teringat kan sebuah kotak INDAH KIAT di bawah katil nya. Bergegas dia mendapatkan kotak tersebut...Kotak yang dulunya bercolour kuning telah bertukar menjadi kuning kecoklatan..Aliya melonjak kegirangan bila kotak yang dicari kelihatan di bawah katil nya.. Di tariknya kotak tersebut..Habuk yang menyelaputi kotak itu agak tebal..mungkin seinci tebal nya..Aliya tersenyum puas bila mendapati isi kotak tersebut masih elok..itu lah kotak yang menyimpan segala mak nenek khazanah nya...

Buku yang berkulit hitam menjadi perhatian nya.. disitu lah segala luahan hati di coretnya..
helaian demi helaian di buka.. sehinggalah terhenti di helaian ini......


HASIL NUKILAN HATI: ALIYA KARMILA
[Ramadhan ke 15]

Ramadhan tahun lepas
Exactly date tu tak berapa nak ingat.. kira-kira 2 weeks before raya kalu tak silap saya
Itulah saat salam perkenalan kepada sebuah hubungan persahabatan bermula
Ketika itu lah saat kami kenal mengenali antara satu sama lain.


Saya selesa bila DIA ada..
DIA telah buat saya gembira
Dia telah dapat menunduk kan kedegilan saya
DIA buat saya bahagia

Dalam hati terdetik..
Adakah dia yang ALLAH tentukan buat saya?
Adakah DOA saya selama ini telah dimakbul kan TUHAN?
Adakah dia???

DOA terus saya panjat kan agar hubungan ini terus mendapat restu darinya..
Kita hanya merancang tapi TUHAN yang menentukan segala nya..
Saya mohon ALLAH beri pertunjuk
Adakah ini yang terbaik buat saya
Sebab saya takut saya tersalah ke hape

Saya tidak lah sesempurna mana
Masih ada banyak kekurangan pada diri..
Semoga DIA akan menjadi pelengkapnya
Kami saling lengkap melengkapi..INSYAALLAH...

Alhamdulillah..saya bersyukur atas kurniaan mu ini ya ALLAH
Dipertemukan dengan DIA
DIA yang telah mengetuk pintu hati saya kembali..

Bersambung....

Anda mahu terus mengikuti kisah ini?? ..aceehh feling-feling penulis novel pulak =)
~Repekan oleh:H@ni~

Yang Terindah..Semoga TERUS ada Buat SAYA


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah






.: Jatuh Cinta Dengan ini budat Cumel..Mia Sara Nasuha :.
Gambar Ihsan Mia Fanpage


Nota Tumit Kaki: Mahu jadi secomel Mia lah..hehe(very the verangan) =)


~Repekan oleh:H@ni~

Monday, August 23, 2010

Rahsia di sebalik senyuman oleh Cik Senyum (*_*)




.: Gambar Contoh sebagai hiasan:.
Sila jangan muak dengan gambar2 tuan blog yang super tembun itu


Senyum itu sedekah..uouls penah dengar tak?? mesti penah kan..kan..kan..
okeh ini bukan la coretan yang lahir terus dari idea cik senyum pun.. dia cedok dari artikel2 yang di baca..blog2 orang.. lalu di adaptasi disini untuk tatapan readers blog ni.. Saya copy dari sini

Ini adalah antara RAHSIA atau pun dalam bahasa jawa nya SECRET Sebuah SENYUMAN:

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. [Satu bentuk Senaman]

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. [Terapi Dalaman]

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. [Ini lah yg dikatakan rahsia awet MUDA]

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. [Penstabil]

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


Jadi jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau. Senyum-senyum lah..selamat beramal ;)



~Repekan oleh:H@ni~

Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?

Ada sapa rasa nak bagi saya bunga macam ni tak??



Nak dengar satu cerita tak? Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan? Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah dari lidah api neraka jahannam".


Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita". Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: " sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. " Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?" Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai men ciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi.


Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.


Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.



~Repekan oleh:H@ni~

Sunday, August 22, 2010

HARAPAN RAMADHAN

~Gambar sekadar Hiasan..Mentry baju raya sebenarnya..hehe~


Ku mengharap kan Ramadhan kali ini sempurna..
Ku harap segala amalan ku diterima yang maha Esa
Ku harap kan Ramadhan kali ini bukan lah yang terakhir buat ku
Kerna masih terasa belum cukup amalan untuk dibawa di hari perhitungan nanti..

Ramadhan bulan penuh rahmat
akan aku rebut segala peluang yang ada takut2 ini lah ramadhan terakhir buat ku
Ajal maut.. Jodoh pertemuan ditangan tuhan
kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan..

Segala apa yang berlaku ada hikmah tersendiri
Kita hamba yang kerdil ini hanya mampu merancang
Mungkin hari ini kita bahgia..esok lusa kebahgian kita diragut dan ditarik
Mungkin tahun ini kita gembira..tahun hadapan kita berduka
Sapa tahu..


Belajar lah menerima kenyataan
Belajar lah menerima ketentuan
Agar bila sesuatu terjadi kita sudah siap sedia
Kita sudah boleh menerima nya sebagai Qada' dan Qadar dari NYA..


Semoga saya diberi kekuatan untuk menempuh apa sahaja kemungkinan yang berlaku terhadap diri sendiri.. kuharapkan bahagia yang di cari2 selama ini akan kekal hingga hujung nyawa..Apa pun yang bakal berlaku kepada mu TUHAN aku berserah kerana KAU maha mengetahui apa yang terbaik buat diri ku..

Nota tumit kaki~Mintak maap bebanyak..mood Cik senyum terganggu sedikit..harap akan pulih sepenuh nya dalam waktu tersingkat.Doa kan yek

~Repekan oleh:H@ni~

Tuesday, August 10, 2010

Kisah KASIH Aliya

~Cute kan CC ni..maceh bebanyak Incik..nanti boleh bagi lagi~

Semalam masa sedang kemas2 rumah tiba-tiba saya terpikir seseuatu.. terpikir nak tulis novel.. atau pun cerpen pendek.. lalu saya cuba karang kan ayat-ayat cinta eh silap ayat-ayat dramatik untuk cerita tersebut.. bila saya baca balik.. eh macam menarik jugak kalau saya share dalam blog ni.. kira macam cerpen-cerpen pendek lah kan.. tapi dalam ati ni berdetik pulak.. eh ade ke orang nak baca?? eh kang orang kata saya syok sendiri pulak..eh kang tibe2 kang bila mood MALAS menjelma lalu saya tak update2 sampi kehilangan readers [mcm byk nau readers dia..=) ]


Apa pun saya akan timbang2 kan lah idea BERNAS eh ke BERAS ni ek.. uouls rasa cam mana? rela ke uouls nak baca..hehe..nanti lah saya pikir2 kan ek.. nak ke tak nak ..[ alahai gatal sungguh saya ni] saja nak buat entry nie panjang..padahal tak dek pe pon.. saja nak membebel.. sawan mengupdate secara maraton die dah datang dah.. hahaha..


~Repekan oleh:H@ni~

Sunday, August 8, 2010

BEROKBAND boleh buat saya HANGIN sangat

Ini bukan baru sekali dua..dan bukan baru sehari dua tapi dah makan bebulan-bulan..
segala aduan dah saya buat..col dah la lama baru angkat..pastu pas sana pas sini..solution nye tetap tak dek..

bila saya kata kenapa susah nau nak connect ni.. dia cuma kata cik cuba unp;ige then pluge in balik.. pastu try connect.. bile saya kata still same

then cuba cara ini pulak...

uninstall kn die dan install kan die..pastu restart..

bila dah cuba tetap sama.. lalu dia kata mungkin line busy.. cik tengok esok macam mana.. if still same col balik.. ini no report cik xxxx...

tiap2 kali col itu lah dialog die..same.. result pun same..speed die pun same kegaung jugak...

Dulu masa saya buat aduan konon nye nak upgrade la hape lah..tapi sampai sekarang sama jek malah lagi KEGAUNG adalah.. bayaran tetap sama..ape kes.. line tunjuk 3 bar tapi speed 0.00kb/s giler lah.. jenuh nak online..asyik2 disconnected jek.. bayaran tetap sama.. langsung x berbaloi-baloi saya rasa..BENCIK2.. Satu ketika dulu masa saya mengadu tak leh nak asses die boleh plak prorate kn.. tapi sekarang ini boleh ke tak boleh sama jek.. haiii hangin betol ni.. rasa nak nak makan orang jek dah ni.. huwaaaa


wahai P1W1max sila lah baiki sistem ANDA ni.. dah tahap BEROK mak yeh dah ni.. kang saya sepuk kepala anda kang baru tau.. ha jangan memain ngan saya..walau pun nampak secra luaran saya adalah wanita melayu terakhir..[ferasan sudah] jangan cabar saya..kang bila dah jadi hulk kang dah tukar muka jadik ijau kang..takut kang.. ha baik cepat2 mintak maap dan bagi speed boat eh silap bagi speed yang tahap belum klick lagi dah tau saya nak carik apa..

HARAP PAHAM ISI HATI SAYA YANG DAH LETIH MEMBELA ANDA SELAMA HAMPIR SETAHUN INi..Kalau tak nak kenang jasa saya membela anda..kenang lah duit yang saya dah berhabis bagi anda untuk jadik kaya tu..please..please.. =(



~Repekan oleh:H@ni~

Ia datang menjenguk kita kembali..


Ahlan ya Ramadhan. Kedatanganmu dinanti, keberadaanmu diamati..Insyaallah

Bulan ramadhan akan bertandang lagi..hanya beberapa hari saja lagi umat islam akan menyambut kedatangan bulan RAMADHAN AL-MUBARAK..Bulan yang penuh dengan 1001 kelebihan..Dikesempatan itu saya dengan rendah diri menyusun 10 jari memohon maaf atas segala salah silap saya yang di sengajakan mahupun yang tidak di sengaja kan..
semoga kita sama-sama dapat menjalan kan tanggung jawab kita sebagai seorang muslim yang sejati..

Jadi kan lah Ramadhan ini sebagai permulaan kepada segala kebaikan.. dan tinggal kan segala larangannya.. ini bukan bermaksud lepas ramadhan boleh buat kejahatan dan larangan2 tu balik yek.. =)

Mari lah kita sama-sama merebut segala kebaikan yang telah dijanjikan ALLAH.. Berpuasa disiang hari dan melakukan solat terawih dimalam hari.. ini lah nikmat nya bulan RAMADHAN yang tidak terdapat di bulan2 lain.. keistimewaan dan ganjaran yang dijanji kan berbeza-beza bagi setiap malam.. rebut lah peluang keemasaan ini.. mana tahu tahun ini adalah tahun terakhir kita di beri peluang bernafas dan berjumpa bulan yang penuh keberkataan ini..

Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan nya..insyaallah.. Tanam kan azam, kuat kan semangat bulat kan tekat..Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum nya

~Repekan oleh:H@ni~

PERGI tak KEMBALI

Subuh-subuh tadi saya dapat SMS dr my sister inform that 1 of my cousin telah kembali kerahmatullah... Pemergian yang tak disangka dan secara mengejut..

Menurut sumber yang boleh dipercayai arwah telah jatuh pada malam tadi (sabtu malam ahad) masa arwah pegi kedai kopi.. Beliau didapati pengsan lalu dikejar kan ke hospital Batu Pahat. Arwah tidak sedarkan diri sehingga menghembus kan nafas terakhir subuh pagi tadi..

Arwah merupakan anak kepada makcik sebelah emak saya dan merupakan satu2 nya anak lelaki makcik saya. Beliau telah meninggal kan seorang balu dan 4 orang anak yang semua nya masih kecil2 lagi.. Paling saya sadis bila anak arwah yang bongsu dan kedua bongsu meraung2 memanggil nama ayah mereka..

Mereka menagis teresak-esak bila nampak ayah mereka di bungkus (kafankan)..bila dimasuk kedalam keranda..dan bila ayah mereka dibawa keluar dari rumah lalu di usung ke kubur untuk disemadi kan..mereka menangis dan terus menagis.. menjerit-jerit memangil ayah mereka..menjerit-jerit melarang orang membawa ayah mereka keluar dari rumah mereka..mereka tidak mengerti bahawa ayah mereka sudah tidak bernyawa..mereka masih kecil masih belum faham akan kenyataan ini..kenyataan yang AYAH mereka sudah pergi buat selama-lama nya..

Inilah dugaan yang tuhan telah beri kepada isteri, anak2, ibu, adik beradik serta kaum keluarga arwah..kemesraan yang terjalin selama ini telah membuatkan kehilangan arwah begitu terasa buat semua lebih2 lagi isteri dan anak2 beliau.. Hakikat nya Allah lebih sayang kan arwah.. Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali..


Al-fatihah buat Arwah Abang Johan semoga roh nya dicucuri rahmat dan tergolong dikalangan orang2 beriman..Takziah diucapan kan kepada isteri beliau Kak Nor, anak2 serta kaum keluarga nya..



~Repekan oleh:H@ni~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails