Sunday, August 8, 2010

PERGI tak KEMBALI

Subuh-subuh tadi saya dapat SMS dr my sister inform that 1 of my cousin telah kembali kerahmatullah... Pemergian yang tak disangka dan secara mengejut..

Menurut sumber yang boleh dipercayai arwah telah jatuh pada malam tadi (sabtu malam ahad) masa arwah pegi kedai kopi.. Beliau didapati pengsan lalu dikejar kan ke hospital Batu Pahat. Arwah tidak sedarkan diri sehingga menghembus kan nafas terakhir subuh pagi tadi..

Arwah merupakan anak kepada makcik sebelah emak saya dan merupakan satu2 nya anak lelaki makcik saya. Beliau telah meninggal kan seorang balu dan 4 orang anak yang semua nya masih kecil2 lagi.. Paling saya sadis bila anak arwah yang bongsu dan kedua bongsu meraung2 memanggil nama ayah mereka..

Mereka menagis teresak-esak bila nampak ayah mereka di bungkus (kafankan)..bila dimasuk kedalam keranda..dan bila ayah mereka dibawa keluar dari rumah lalu di usung ke kubur untuk disemadi kan..mereka menangis dan terus menagis.. menjerit-jerit memangil ayah mereka..menjerit-jerit melarang orang membawa ayah mereka keluar dari rumah mereka..mereka tidak mengerti bahawa ayah mereka sudah tidak bernyawa..mereka masih kecil masih belum faham akan kenyataan ini..kenyataan yang AYAH mereka sudah pergi buat selama-lama nya..

Inilah dugaan yang tuhan telah beri kepada isteri, anak2, ibu, adik beradik serta kaum keluarga arwah..kemesraan yang terjalin selama ini telah membuatkan kehilangan arwah begitu terasa buat semua lebih2 lagi isteri dan anak2 beliau.. Hakikat nya Allah lebih sayang kan arwah.. Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali..


Al-fatihah buat Arwah Abang Johan semoga roh nya dicucuri rahmat dan tergolong dikalangan orang2 beriman..Takziah diucapan kan kepada isteri beliau Kak Nor, anak2 serta kaum keluarga nya..



~Repekan oleh:H@ni~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails