Sunday, September 26, 2010

Is Ti me wa nya seorang Wanita itu

.: Wanita Alaf Ini :.
Cumel kan kami..[ferasan sendiri]

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.


6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

sumber dari SINI

~Repekan oleh:H@ni~

TERABAI DAN SERABAI



Mintak maap dah lama tak update blog.. malas tahap kuasa 88..aipp menjadi2 malas nk update blog dan akibah nye berlaku lah KETERABAIAN DAN SERABAINYA BELOG INI..

Tengah kumpul kuasa kuda eh silap kuasa membelog.. harap readers saya tak lari jauh2..

Selamat Hari Raya..maap zahir & batin uouls..NANTI SAYA UPDATE LAGI YEK ;)
~Repekan oleh:H@ni~

Tuesday, September 7, 2010

Lebaran Menjelma dan Ramadhan Yang Kian Melabuh kan Tirai nya


.: Ucapan Ikhlas dari Tuan Blog :.
[Sila jangan muak dengan muka Tuan tanah ini]

Hari ini 28 Ramadhan bermakna hanya tinggal 2- 1 hari jek lagi berakhirnya bulan RAMADHAN untuk tahun ini.. Uols pun mesti dah sibuk2 buat persiapan akhir semperna menyambut Hari raya kan.. Pada Yang balik kampung pun sure dah sibuk2 packing barang nak balik & ade jugak yang dah sampi kampung halaman..

Saya Petang ni baru nak balik kampung.. Pagi tadi dah siap2 masuk kan barang2 untuk bawak balik kampung.. x muat bontot eh silap bonet kete saya yang cumel ituh..hehe.. hermm gaya nye macam orang beranak 5 pulak.. banyak nau barang nye.. ata semua ada lam bontot kete saya tuh.. kueh, baju raya, kelengkapan raya ha semua pon ada..

Doa kan saya selamat sampai ke kampung halaman yang tercinta yek..dan saya harap sangat tak de hape yang belaku di pertengahan jalan nanti.. dan saya berazam untuk mematuhi had laju yang telah ditetap kan.. kang xpasal2 bertanbah pulak saman speed trap saya kang yang ade 4 nie pun x bayo lagi..[kantoi sudah].. saya akan drive secara berhemah dan mematuhi undang2 jalan raya.. insyallah (*___*)

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA READERS/VIEWER SAYA..KAWAN2 TAK KISAH LA YANG KENAL2 KAT ALAM MAYA KE TRUE LIFE KE..SEMUA SEKALI LAH.. [aceh feling2 ramai nau redaers die pulak]..

dan di kesempatan ini juga saya menyusun SEPLOH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAP DI ATAS SEGALA SALAH SILAP, TERKASAR BAHASA MAHU PUN KETELANJURAN KATA2 YANG TELAH MENYEBABKAN UOULS TERGURIS MAHU PUN TERASA KE HAPA..


Bergembira lah di hari raya ini tapi jangan lupa diri sudah lah.. jaga diri bebaik..Jaga Kesihatan dan juga berhati2 ketika memandu..ingat orang tersayang ;)
Pssttt kalau ade duit raya jangan lupa bagi kat saya sikit..hehe

Indah nya Langit Kerana Awan, Indah nya Laut Kerana Kebiruan, Indahnya RAMADHAN Kerana Keinsafan, Indahnya AIDILFITRI Kerana Kemaafan. Salam AIDILFITRI, Maaf Zahir Batin Tulus ikhlas Dari Saya buat anda SEMUA ..Panjang Umur pas raya kita jumpa lagi..kita buat n3 pasal raya yek.. Salam sayang buat anda semua ;)

~Repekan oleh:H@ni~

Friday, September 3, 2010

Cucur Udang Vs Cucur Badak

Setelah sekian lama malas mengupdate blog melanda..Tapi dah janji pada diri at lis kena ada 1 n3 dalam 1 minggu.. jadi lah n3 ini sebagai pencetusnya..
 
Eh uouls Ramadhan dah tinggal beberapa hari jek nak abis untuk tahun ni kn.. ermmm tah dapat jumpa di tahun-tahun hadapan ke idak..tetiba rase sayu pulak..
 
Mari berkongsi satu cerita yang agak2 poyo tapi ada relevan nye jugak..so LAYANNNZZZ
 

 Ali bengang giler bile dia dapati
 cucur udang yg dibeli x de sekor
 udang pun kat dlm nye.. lalu dia pun
 pi balik ke gerai makcik jual
 kuih tu..

 

Dgn panas hati dia tanye kat makcik yg
jual tu..."makcik apsal cucur
udang ni sekor udang pun x de?!"

Makcik yg jual tu pn dgn selambernye
menjawab "abih tu yg ko beli
cucur badak ada x badak kat dlmnya?!
Camne plak dgn cucur kodok,
ade x kodok yg melompat kat ko?!
 
Ali rase mcm nk bunuh diri dgn jwpan
yg diberi makcik tadi....
 
**Moral:Hidup ni kena byk bersabar! Sabar adalah sebahagian dari IMAN. Anggap segala yg berlaku, hanya utk menguji keIMANan kita.... AMIN...

 
~Repekan oleh:H@ni~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails