Monday, November 29, 2010

Wedding on November

20 10 2010
Rina & Alif~Setia Indah JB
Hubungan: Officemate Saya






06 11 2010 Nazha & Nazrul Hafiz
Tangkak, Johor
Hubungan: Sepupu sepapat Saya





Mereka semua kelihatan shantek berkali2 kan.. shomel pulak tuh.. ;)

Nota tumit kaki~Biar gambar mencerita kan..Tuan Tanah malas bercerita..kang dah rajin kang die cerita la tuh... (*____*)



~Repekan oleh:H@ni~

Friday, November 12, 2010

NOVEMBER SUDAH


Sekejap sahaja bulan November telah muncul dan sedar-sedar dah minggu yang ketiga..Terasa masa berlalu begitu pantas..


Lately ni saya rasa masa saya sungguh tidak terurus..seperti kalang kabut..kejar sana dan sini..Hidup pun agak tak teratur..

Baru saja abis beraya kini Hari Raya Aidiladha menjelang tiba..

Salam Aidiladha pada semua muslimin & muslimat..sama2 lah kita beramal selagi hayat di kandung badan..

Renungan Bersama~
Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu sembahyanglah kerana Tuhan-Mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur)~ surah Al-Kautsar, ayat 1 – 2






~Repekan oleh:H@ni~

Thursday, November 4, 2010

Fesyen Alaf Ini Kaftan aka baju KELAWAR (*_____*)





Gambar semua ihsan dari orang ramai..sorry ye saya copy pes gambar2 ini..kak Red saya mintak ijin ni yek (*_*)

Sangat shanteq mereka2 di atas mengayakan Kaftan..Orang shanteq pakai apa pun Cantik..Tapi kalau tak cantik pakai baju cantik pun akan jadik cantik jugak..hehe.. Kalau uouls nak feling2 terbang macam butterfly ke nak jadik macam artis-artis ke..macam2 model ke..ini sangat sesuai.. Baju ni selesa..Shanteq pulak tu..

Sekarang ni tengah musim Fesyen Kaftan.. Memula dulu tak bekenan tapi lama2 tengok chanteq jugak.. Tak sangka pulak dari banyak permintaan baju2 serupa ini.. Saya cuba-cuba menjual secara kecil-kecilan buat2 tambah duit poket.. (*__*)


Sapa2 yang bekenan boleh la kontek saya di hanie_smiles@yahoo.com. harga untuk Design 1 Rm 250, Design 2&3 RM 180 and Design 4 RM 220 [Harga insyaallah boleh nego lagik]


DESIGN 1
Chifon Caftan Berlabuci

Tangan Cekak & ala butterfly
Di lengan ada labuci
Full lining
Pelbagai size 38-46
Warna boleh request [ikut stok--kena cepat confirm]
Harga=RM 250



DESIGN 2
Chifon Caftan Bersulam
Lengan seperti jubah & ala butterfly
Lengan tidak bercekak
Full lining
Pelbagai size S-XL
Warna boleh request [ikut stok--kena cepat confirm]
Harga=RM 180


DESIGN 3
Chifon Caftan Bercorak warna warni
Lengan seperti jubah & ala butterfly
Lengan tidak bercekak
Leher berlabuci
Full lining
Pelbagai size S-XL
Warna boleh request [ikut stok--kena cepat confirm]
Harga=RM 180


DESIGN 4
Chifon Caftan berlabuci
Lengan seperti jubah & ala butterfly tidak bercekak
Leher berlabuci
No lining
Pelbagai size 38-46
Warna boleh request [ikut stok--kena cepat confirm]
Harga=RM 220


~Repekan oleh:H@ni~

Tuesday, November 2, 2010

Ketahui lah oleh kamu MATI itu PASTI

Hidup ini sementara bukan selama lama nya..setiap yang hidup PASTI akan mati..itu sudah pasti..Bila masa dan waktu nya itu tidak pasti hanya DIA yang maha mengetahui..

Pemergian seorang Ibu kepada seorang anak tunggal yang juga telah kematian seorang ayah memang sadis.. lebih-lebih lagi kalau kematian nya atas perbuatan PHD orang terdekat.. [Astagfirullah hal azim..]

Anak kecil seusia 9 tahun masih mentah dan baru ingin mengenali dunia sudah di tinggal kan terkontang kanting seorang diri..hilang sudah tempat berkasih sayang bila ummi dah ayah telah terlebih dahulu di jemput Allah..Besar sungguh dugaan yang di lalui anak kecil itu.Yang pasti nya itu ujian yang di beri pada nya..

Masih terngiang-ngiang lagi di telinga ini rintihan si anak ketika menatap jenazah ummi nya tempoh hari..penuh kesyahduan.." Ummi tinggal kan Adam...Adam dah tak de sapa-sapa...Adam nak duduk dengan sape.." Cukup tersentuh..Doktor yang merawat juga memeluk erat,memujuk si kecil itu..sama-sama memahami rintihannya..

Diri nya seakan lebih matang dari usia.Masih mampu bertindak selayak tugas orang dewasa..Dia seakan tahu akan tanggung jawab nye sebagai pewaris keluarga..Dia yang memaklum kan kepada Saudara mara, Kawan-kawan rapat ummi dan ayah nya akan berita kehilangan ummi tercinta..

Sukar buat mereka yang menerima berita tersebut mahu percaya akan kata-kata si kecil, berita seserius begitu selayak nya di sampai kan oleh orang yang lebih dewasa bukan dari mulut si kecil itu. Saya sungguh kagum melihat ketabahan Adam..Biasa nya anak yang kehilangan ibu akan meraung-raung menangisi pemergian ibu nya..lidah kelu untuk berkata-kata..hanya deraian air mata yang mampu mentafsir segala-galanya..bak kata pepatah.."seperti kucing kehilangan ibu..' pasti mulut riuh mendah memangil-manggil..Tapi tidak bagi nya.. Dia seakan Redha dan memahami bahawa TUHAN lebih SAYANG kan Ummi nya lebih dari diri nya sendiri..

Anak kecil itu seakan faham akan nasib diri yang sudah tidak punya sesiapa di muka bumi ini selain saudara mara.Dia mahu turuti apa pun pesanan Arwah Ummi nya..walaupun sukar bagi nya untuk menerima...

"Adam..ummi pesan dengan tok lang suruh bagi adam dekat makcik atau pakcik sebelah ayah..."

"Adam nak duduk dekat dengan Kubur ummi dah ayah..nanti bila Adam rindu Ummi dengan Ayah senang Adam datang..Kalau Adam duduk jauh sapa nak tengok kan Kubur Ummi dengan Ayah??"

"Atok lang bukan tak kasik tinggal sini..tapi ini amat Arwah ummi pada tok lang"

"Kalau macam tu Adam ikut aje pesan Ummi.."

selang sehari selepas itu....

"Adam mari minum..."
"Adam tak biasa minum pagi-pagi ni tok lang..Biasa ummi bagi minum manis sehari sekali jek..masa rehat dekat sekolah..Makan nasi pun sekali sehari..Maklum la budget ummi kecik.."

Tersentuk hati mendengar nya...

"Adam ayam yang arwah ummi beli hari tu ada lagi.. nak masak apa ni"
"Masak apa yang senang jek tok lang.. Adam tak kisah..."
"Jangan la macam tu..tok lang tak tahu adam suka makan apa ni.."
"Goreng Masak kicap pun boleh.."
"Ye la kalau gitu kata adam.."
"Tok lang masak jek pape..jangan yang susah-susah kan tok lang..Tok lang masak sedap sama macam ummi masak"
"Eh..jangan la cakap macam tu.. Ummi adam lagi pandai masak"
"Ikhlas adam cakap tok lang masak sama macam ummi masak..."


Alahai berlinang air mata saya mendengar perbualan ini.. Perilaku nya menggambar kan kematangan nya..matang dari usia..percakapan nya sopan dan penuh budi bahasa.. Itu juga melambangkan ketinggian asuhan Arwah Ummi dan Abah nya.. Alhamdulillah.. Semoga Anak kecil ini menjadi Anak yang Soleh satu hari nanti.. Insyallah..

Nota Tumit Kaki~Setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasan nya..Baik mahu pun sebalik nya..Biar DIA yang maha kuasa membalas nya..



~Repekan oleh:H@ni~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails