Tuesday, December 28, 2010

Manage and Eliminate your stress.. Be Young Be Beutiful (*_*)

Salam uouls kesayangan saya semua.. anda sihat?? Ha tu ada yang monyok2 tu pesal?? ala jangan la buat muka tempoyak..yang muka berkerut-kerut tu meh sini meh saya nak bagi petua supaya muka anda kembali ceria.. petua terbaik dari ladang lah ni..cewaahh..biasa lah saya ni kan perasan jadik motivator..

ok-ok sebenar nya saya pun selalu jek stress-stress tak tentu hala ni.. kadang-kadang tu saya sampai saya rase semua benda pon boleh buat saya stress sampai sakit-sakit kepala saya di buat nya.. Ini adalah tidak baik untuk kesihatan kita sebenarnya.. stress yang melampau akan mengganggu tumbesaran..[cukup2 lah nak besar mana lagi..ooppsss] eh silap akan menganggu hormon-hormon kita..

Petikan dari sini :http://halaqah.net/v10/index.php?topic=432.0 [tips mengawal juga ada]

Pakar Perunding Kanan Perubatan dan Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh berkata, stres tercetus apabila unsur mendesak mengatasi keupayaan kita menanganinya.

''Apabila seseorang stres, tubuh bertindak balas seolah-olah berada dalam situasi berbahaya. Respons stres ini selalunya dirujuk sebagai 'lawan atau lari' di mana tubuh secara automatik bertukar ke gear tinggi.

''Apabila berdepan ancaman, hipotalamus pada dasar otak akan 'membunyikan' sistem penggera di dalam badan, menyebabkan kelenjar adrenal merembeskan hormon adrenalin dan kortisol,'' ujar beliau.

Menurutnya, adrenalin meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah serta merangsang bekalan tenaga. Kortisol, hormon utama stres menambahkan kandungan gula, mengawal fungsi tidak penting dan bahaya dalam situasi lawan atau lari.

Ia mengubah respons sistem imun dan menekan sistem penghadaman, sistem reproduktif dan proses tumbesaran. Sistem penggera yang kompleks ini turut berkomunikasi dengan bahagian otak yang mengawal mood, dorongan dan ketakutan.

Bahaya kan..jadi kita mesti kawal supaya kita sentiasa sihat.. jadik Don't tension….be happy…. kita kena manage stress supaya tidak memudarat kan diri







Nota Tumit Kaki cik senyum: Rase stress lagi tak lepas bace entry ini??hehehe


~Repekan oleh:H@ni~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails