Sunday, March 20, 2011

Jangan Tunggu lama-lama.. nanti lama-lama DIA diambil ORANG


Holla korang.. Salam Senin..

kali ni saya nak share sikit anatara tips kejayaan irfan khairi.. beliau ada mengatakan lakukan segala-galanya dengan pantas

Pantas! Itulah kuncinya…


Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.

Kata irfan Khairi:
Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?


Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.

Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.

Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.

Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru.. jangan pulak

Jangan mencipta alasan bagi melepas kan diri dari peluang yang datang.. INGAT peluang seumpama itu tak akan datang berulang..kalau datang pun sudah pasti tidak sama..

Situasai 1:Seorang yang memang sedang mencari peluang perniagaan
setelah Peluang perniagaan sudah di tunjuk kan, bila di tanya bila mahu start perniaga?

jawapan dia:
1. "Nanti dulu lah saya fikir kan"
2. "Saya tak tahu nak start, tak pandai lah.. tak ada bakat...
3. "Saya rasa xnak lagi lah kot"

Cuba bukak minda anda tu:

sampai bila kita nak tunggu?? sampai orang lain berjaya baru kita nak buat?? nanti jangan menyesal pulak bila orang yang nak bantu kita sudah sibuk dengan orang lain atau pun mungkin masa tu dia sudah sibuk sebab sudah menjadi orang penting.. jangan pulak masa tu salah kan orang lain..jangan pulak masa tu menunding jari kata orang tu tipu la hapa lah..

Jangan sesekali mengatakan...

1.Ala saya sudah tidak ada pasaran lagi dalam bidang business ni...
-Belum cuba sudah mengaku kalah..mana kita tahu rezeki kita sudah tiada dalam bidang ini??? cuba pun belum dah kata macam tu.. kita adalah apa yang kita pikir kan..so kalau kita kata kita BOLEH sudah pasti kita mampu buat..

2. Ala saya mana tahu nak jual-jual barang ni,,saya malulah..
-banyak cara kita boleh lakukan.. kita bukan nya jual barang tak ada quality, bukan nya jual skim cepat kaya ke hapa..kita jual produk dan produk kita mendapat permintaan ramai.. just spend masa beberapa jam sahaja.. ada yang generate income sampai 5-6 angka just spend masa depan komputer sahaja.. sekarang pasaran luas worldwide.. using internet serata seruk rantau boleh di sebarkan.. apa yang kita risau kan.. tak tahu ada orang akan bantu kita..


RENUNG- RENUNG KAN :
Pembunuh kejayaan adalah “membuang masa” atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!

~Repekan oleh:H@ni~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails