Monday, January 10, 2011

Tolong Ingatkan aku... itulah hakikatnya..

Gambar ihsan pakcik gugel




Juara AJL 25 :Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Mungkin ramai yang tak puas hati dengan keputusan AJL 25 ni.. tapi apa nak buat dah rezeki Ana Raffali.. hakikat itu harus lah kita terima..

keputusan penuh AJL 25 boleh lihat di blog abagnara

Persembahan Terbaik: Hanyut, Faizal Tahir

Vokal Terbaik: Noktah Cinta, Hafiz AF

Tempat Ketiga AJL25: Noktah Cinta, Hafiz AF

Naib Juara AJL25; Drama King, Meet Uncle Hussain dan Black

Juara AJL25: Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali

Nota tumit kaki cik senyum:Yuna best, Faizal tahir pun best tapi bukan rezeki dieorang kan..

~Repekan oleh:H@ni~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails