Monday, May 28, 2012

HAMBAMU

Saya sangat suka dengar lagu ni lately, sangat berkesan di hati saya, dengan sendirinya buat pertama kali saya layan lagu hambamu ni saya mengalirkan air mata masa on the way balik ke JB pagi tadi.. Layan lagu since masuk highway dari subang. Saya ni semenjak umur dh naik setingkat mata pun jadi layu semacam..

Pantang naik kereta ngantuk asal ngantuk naik kereta.. Kalau ada mr.hubby dialah pilot saya.. so memang tak ada masalah la kan. Tapi time kena drive sendiri tu yang masalah problems bagi saya..


Seawal 5.45am (awal sangat la kan) saya gerak balik JB seorg diri. Pagi-pagi kompom la mata saya ni layu je.. Plus kurang tido malam tadi dek penangan seminar hari semalam nya.. ekeke.. later saya cerita pasal seminar saya tu ye.. memang sangat-sangat awesome.. mana tak nya seminar berlangsung selama 12 jam ++ tapi langsung xde rasa ngantuk, takde rasa bosan. lagi teruja ada lah.. Sangat adore dengan all my sifu in GREEN LEADERS GROUP.

Ok berbalik pada cerita asal saya, lagu hambamu ni rasa nya semua orang dah tau lagu tema untuk rancang realiti TV "IMAM MUDA" nyanyi Mawi & Akhil Hayy. Saya sebenarnya jarang sekali tengok TV so kurang tau lah lagu ni asalnya. satu hari tu saya terdegar dekat radio tapi tak tau apa tajuk & sapa yg nyanyi.. dengar pun dh hujung-hujung. Sampai lah ada satu hari saya pergi stokis B32 ada pasang lagu ni. sejak tu saya minat sangat. Tapi masa tu nyanyi sekadar nyanyi.. tak hayati lirik dia betul-betul.

Tapi pagi tadi saya dengar sampai meremang.. terus sayu hati.. macam sifu saya CDM Kak Ana saya pun suka sangat lagu ni. Tahniah Edry cipta lagu yag berkualiti macam ni.




Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


With L0vE : Hanie

Tuesday, May 22, 2012

Rasa nak bagi hadiah la pulak


Korang semua yang sudi baca blog saya ni kan.. Sebagai tanda penghargaan pada yang membaca blog saya ni kan terutama yang memang stok pantang tengok ada entry terbaru..ehehe ferasan lah saya ni kan..

What say uouls kalau saya kata nak bagi korang-korang semua hadiah. Bukan hadiah tikam-tikam telur tu hadiah nya saya belum fikir apa lagi, tapi rasa macam nak bagi hadiah yang wangi-wangi gitu..Korang nak tak?? nak tak?? ha angkat tangan cepatttt.. (^_^)

Tapi sebelum bagi hadiah mestilah kena denda dulu.. opss silap bukan denda.. bagi satu kerja dan reward dari tu dapat hadiah.. Aci tak korang? saya ni kalau buat kuiz memang yang tepaling kacang sekali. Kalau buat contest pun tepaling simple sekali.. Tapi kali ni saya nak buat yang mencabar sikit.. eh..eh ada yang dah start takut lalu nak lupa kan hasrat baca blog saya.. jangan la panic.. relax lah korang. Tak kan lah saya nak denda korang semua teruk-teruk pulak.. Kan saya dah kata saya ni tak reti nak denda orang sangat..

Ok saya rasa nak mintak korang buat satu entry yang simple tapi padat mengenai "BLOG SAYA & DIRI SAYA DI MATA KORANG." Entry bau bodekan/kipas/air-cond adalah di jauhkan. saya tak kisah la kalau korang nak kutuk saya, tapi kutukan yang membina lah..ehee.. backlink kan entry korang di dalam kotak comment entry ini atau tag di FB saya ya..


Gambar zaman muda belia.. comot sana sini.. (^_^)

5 Entry paling menarik yang dipilih oleh jemaah hakim akan mendapat hadiah istimewa.. setiap penyertaan mungkin akan di beri hadiah (jangan risau saya kan baik hati..hehe.. poyo kan saya ni)

ok korang tarikh tutup penyertaan adalah sampai 1/6/12 tepat jam 01:16 minit:12 saat pm


Sudi-sudi kan lah joint contest saya.. sokongan korang sangat saya hargai.. sayang koranggg semua.


With L0vE : Hanie

Friday, May 18, 2012

London/Paris Trip for FOC!!



GOOD news.. semalam our TOP mentor just announce yang pakej melancong seterusnya adalah London/Paris.. Yang best nya 8 hari 6 malam secara PERCUMA.. walaweehhhh can't wait to enjoy with our TEAM kat sana nanti...

Ya Allah semua ni saya memang tak duga. Angan-angan daku bakal menjadi nyata.. memang tak sabar..

Peluang ini terbuka kepada sesiapa sahaja.. Dengan PREMIUM BEAUTIFUL semua nya mungkin.. Pakej melancong 3 kali setahun yang company tawar kan memang awesome..

Wanna joint me to London/Paris???



Let's meet up.. holla me if you want.. Jadikan ini sebagai hadiah untuk diri kita.. Ada benda FREE kenapa mahu keluarkan wang kita kan..

hanie @ hanie_smiles@yahoo.com or 019-7311 798

rasanya nak dapatkan khidmat fotografi dari sinilah..hehehe.. https://www.facebook.com/snapictures


With L0vE : Hanie

Thursday, May 17, 2012

Si cantik manis seksi NEELOFA


Semalam Mr hubby ada shooting dengan Neelofa untuk majlis pelancaran produk kesihatan & kecantikan Bella Vita di The Royal Bintang, Damansara. Yang kelakar nya Mr. Hubby before shooting ni dia langsung tak kenal siapa itu Neelofa.

Few day before semalam masa Mr. hubby bagitau kata nak shoot Neelofa saya pulak yang excited kemain.. Perbualan kami the day before..

Hubby=Yang esok abg red ajak pegi shoot Neelofa katanya..
Me=wowowoww bestt nya, kat mana kat mana?
Hubby=Damansara
Me=pkol berapa?
Hubby=Dalam kol 3 gitu.
Me=Besstt nya yang nanti tengok dia cantik betul2 ke tipu bedak je eh..
Hubby=Sapa dia tu eh? kenapa dengan dia? tak pernah pun dengar nama dia..
Me=Ya Allah laki haku...puas lah explain pung pang pung pang.. satu pun dia tak ingat.

itulah dia orang yang tak mahu ambil tahu pasal-pasal retis ni..kekeke. Tengok dalam gambar, dalam TV dia nampak cantik, nak tau jugak lah real nya macam mana kan.. ekeke..kepochi betul..


Kata Mr. Hubby Lofa memang cantik.. Bukan dia je cantik Mak dia nenek dia pun cantik.. sampai Hubby kata ingat kan yang mak dia tu kakak dia.. muda and cantik lah.. Huh apakah petua wahai auntie..ekeke.. cepat je nak mintak petua ko..


Ini gambar Nenek, Emak & Neelofa
nampak natural beauty gitu kan..




Lofa sedang di interview..Kagum dengan semangat Lofa. Even masih belajar and masih muda belia sudah berfikiran jauh.. Ada jenama kasut sendiri, produk kesihatan sendiri.. Kagum mampu buat semua ni.. Yelah pucuk pangkal diri sendiri mahu dengan tidak je kan..


Suka lah tengok dia.. Cantik.. gebus.. Eh kalau pakai Premium Beautiful mesti lagi mengancam gitu kan..


Gossiping wif Diana Rafar. Mr. Hubby siap tak tahu sapa yang dengan Lofa ni.. dia tanya saya on phone masa balik shooting semalam.. Hubby kata dia tak tau sapa nama retis tuh.. ekeke.. Ha dulu tak nak hamek tau sekarang kena hambik tau yek yang!


Macam ada iras sikit-sikit lah depa ni..

Last but not least Mr. photographer juga teringin nak inteperame dengan Neelofa katanya..


All photo credit to Mr. Hubby from Snap Pictures di atas ehsan gambar-gambar ini.. korang kalau nak guna khidmat photong boleh lah contact mr hubby. klik pautan ini and terjah Facebook beliau.:)

With L0vE : Hanie

Thursday, May 10, 2012

Wednesday, May 2, 2012

Diamond Night Celebration



Makeup done by Anna Ismail dari sweetmaniac
saya suka gambar ni even muka without lipstick..ekeke.. thanks anna ;)

Baby Anna yang super baik & hensom Kaashif nama dia kalau tak silap


Gebus gilerr skin baby anna ni kan, rasa nak gigett

A few days after balik dari Holland& Belgium trip kami ada satu lagi big event iaitu meraikan para usahawan yang mendapat pangkat Diamond dan juga pemenang tabung kereta.

Masa ni lah kita nak melaram.. Ala-ala anugerah bintang popular gituh.. Memasing mengayakan pelbagai fashion.. For me memang agak kelam kabuts asal nak tempah dress tapi tak dan lalu beli yang ready made sudah.. Tak pe next event nak tempah designer, dalam kepala dah aim siapa designer and macam mana pattern dress impian ku itu..


I'm on stage.. Last ime naik stage masa konvo degree dulu lah..

Me with My mentor my idol CDM Faziha


For this event akan di adakan setahun sekali and ini kali ke 2 datang event ini. Last year datang event ni sorang-sorang which is saya baru sahaja beberapa hari buat business and jadi penonton orang naik stage ambik award. This year alhamdulillah dapat naik stage ambik award and bawak rakan kongsi 2 tables.


Bergambar di tangga pun jadi lah..

Penerima Award bersama CDM Hanis Haizi

Kebanyakan kami dahlunya tidak kenal each others and now we become closed friends.. Dan rata- rata adalah golongan profesional yang buat business as part time.


Saya and my sideline Cikgu Gina berama CDM Chan sifu kami di B32. Kalau jumpa je dengan CDM Chan ni akan dapat bermaam-macam tips. Seorang yang cukup baik hati, pemurah dan tak lokek ilmu.



Team Johor berjambar dengan mommy kami CDM Fazi



With one of my business partners Noorhayatie with her baby. Mommy of 2 baby ni tengah Tunggu masa untuk ke diamond sales manager insyallah by this month. Datang all along from Pasir Gudang, Johor.. Sangat gigih and komit follow step by step.


We work together. My Kak Long [Yong] aka my biz partner. Semangat kental event that day ada sekolah ganti sampai pkul 2 petang drive along the way from Johor tuh with my beloved kazen Rehan.


Us with our mentor in this business CDM celebriti, CDM Hanis Haizi with her husband CDM Razali Zain. Cantikss kan baju CDM Hanis Haizi.. From Dato Radzuan Razwil.



Me with kak bayah, mommy of 4 kids tapi tengok macam anak dara gituh.. Cantikss.. Melentikss.. Hehe joking kak bayah. :)

Saya sangat bersyukur di lorong kan untuk sama-sama menjadi usahawan premium beautiful. Lagi bertuah bernaung di dalam group B32 under CDM Hanis Haizi & CDM Faziha. Apa yang bertuah nya our mentor CDM Hanis Haizi di jemput berucap on that night di hadapan lebih dari 7000 orang. Saya di kelilingi orang- orang hebat yang positive. Nak jadi hebat kena lah berguru dengan orang yang hebat. Apa pun kita buat semua nya bermula dari diri kita. Kalau kita asyik mengharap tuah datang bergolek memang susah la kan.. Tiada usaha macam mana nak dapat hasilnya kan.

CDM Hanis Haizi berkongsi pengalaman nya

Sebelum belari kita mesti belajar merangkak, berjalan dan seterus nya baru lah boleh belari. Apa pun bentuk keja yang kita lakukan kena buat sungguh- sungguh bukan sekadar melepas kan batuk ditangga. Buat lah apa sekali pun kalau kita buat ala kadar alar kadar lah yang kita dapat.

Seperti contoh kisah pencipta resipi Kentucky Fried Chicken iaitu Colonel Sanders. Tahu tak yang dia cipta resipi ayam goreng yang sedap, lazat lagi enak tu berapa lama? 26 tahun okeh dan berapa banyak kedai dia promote resipi dia sebelum KFC ada dimerata dunia? Sebanyak 1009 buah kedai TOLAK RESIPI Colonel Sander. Orang ke 1010 berkata pada Colonel Sanders, "kita share sama-sama..?" Hasil usaha TANPA PUTUS ASA Colonel Sanders, sampai sekarang KFC ada di merata dunia. Allah juga dah janji setiap orang yang bersabar pasti ada ganjaran nya. Yang pasti kita kena buat sesuatu lah bukan hanya tengok, tunggu dan lihat sahaja..


Last but not least apa pun yang kita buat Buat lah betul- betul, betul-betul buat, biar puas hati. Satu pesan saya..Jangan lah menunggu waktu yang tepat untuk melakukan sesuatu perubahan/hal yang baik. Jangan bertanya kan apa perkara yang mungkin terjadi Tapi berani kan diri untuk mencuba dan mula kan langkah segera. Itu adalah lebih baik.

Kebanyakan orang Melayu lama lebih suka melihat orang lain buat dahulu contoh peluang dan ruang sudah tersedia depan mata tapi dia mengambil langkah.."Tak pe lah kau buat dulu.." aku menyusul kemudian...

Beza dengan orang Cina (dalam situasi yang sama) "Biar gua buat dulu, gua cuba dulu.. gua untung dulu" pemikiran mereka mahu sentiasa kedepan, berani..

Kalau india pula.. belum apa-apa sudah tanya " Ayoyoyo..ini berapa untung? bila boleh kaya?" lebih bertanya kan apa yang akan terjadi kemudian sebelum buat.

Dalam hal ini kita seharusnya mencontohi pemikiran kaum cina dalam merebut peluang.baru lah di nama kan semangat 1 malaysia.. Ini adalah pendapat pribadi saya, tiada kaitan antara yang hidup mahu pun yang sudah tiada..

Untuk maklumat lebih lanjut hubungi saya @ 019-7311 798 or hanie_smiles@ yahoo.com


Location:Miecc, serdang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails