Wednesday, November 21, 2012

Chicken Roasted + Mashed potato + vege

Lately ni saya banyak update blog dengan resepi-resepi kan. Update apa yang saya masak lah. Bukan apa saja nak share dengan readers saya plus ada juga special request dari kawan-kawan instagram, Facebook nak kan saya kongsi resepi. Actually semuanya mudah-mudah belaka uouls. Sampai ada kawan-kawan saya cakap nampak macam complecated rupa ngan easy messy je [eh ada ke pekataan ni].

Rutin saya biasa nya sejak semenjak dah keje sendiri ni plus duduk bersama mr.hubs ada peluang lah nak main masak-masak bersama.acecece.. Biasa nya saya akan masak for breakfast & dinner. Lunch saya kalau ada appointment makan kat luar. Mr.hubs jenis yang suka makan yang homemade. Eh dia kata dia belasah je jenis tak kisah janji boleh di makan [halal] & boleh hilangkan rasa lapar.Tapi bila saya outstation nanti mula lah dia risau sebab perut selalu meragam bila makan kat luar. makan tah hape-hape katanya. Ada-ada je kan.

So peluang dan ruang yang saya ada ni saya guna kan juga untuk improved skill memasak saya. Skill? eh ada skill ke?takde pandai mana pong. Belajar dah lama baru nak merangkak-rangkak praktik kan sesama. Eh selalu memang kami masak sama-sama for our dinner. Syukur mr.hubs jenis ringan tulang nak membantu.ke dia terpaksa rela eh? hehe.kena tanya balik ni.

Apa lah merapu ni kan nak share resepi ke nak jadi penglipur lara. sorry ye uouls tebabas pulak.

Ok untuk dinner di malam isnin saya agak malas lalu cakap dengan mr.hubs kita masak yang cincai-cincai lah eh. Dia ok je. lalu jadi lah seperti di bawah. Sila jangan terliur ye uouls. Kalau terliur pun jangan sampai menjilat monitor anda. Lol.

Black Pepper Chicken Roasted+mashed potato+vege ready to ngappp
[Dah boleh kalah kan Kedai Pak Kenny]


Resepi  utk 2 org makan:-

2 part peha ayam [beli dari giant 2 potion peha ni]
2 sudu black pepper [ikut kepedasan yg di ingini]
4 biji bwg putih di ketuk
1 labu bawang merah di mayang
Garam secukup rasa
Sayur-sayuran seperti carrot/kentang/keledek/bunga kobis [ikut suka] 
Sedikit olive oil/butter/minyak masak biasa

perap ayam dengan bahan2 di atas dalam 30 minit sebelum di bakar/grill.Kemudian panas kan oven pada suhu 180-200 darjah celcius bakar ayam selama 25-30 minit.

Bahan untuk Gravy
2 sudu butter dicairkan 
1 sudu tepung gandum
Setengah cawan air 
2 sudu black pepper [ikut tahap kepedasan yg diingini]
1 cube parti ayam
1 sudu sos cili
1 sudu sos lada hitam
sedikit perahan limau [saya guna 1/2 lemon]
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-
Cair kan butter di api pelahan kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit kemudia masukakn black pepper dan setelah agak kering masukakn air.
Kemudian cube ayam, sos cili,sos lada hitam biar kan ia mendidih. setelah itu rasa kan garam. tahap kelikatan gravy agak-agak jangan terlalu pekat. Jika pekat tambah kan sedikit air.jika dah mendidih tutup api siapp.


Mashed Potato

Saya guna kan 2 biji kentang besar 
5 sudu susu segar/ low fat milk
sedikit garam
2 sudu butter. 
1/2 sudu serbuk lada hitam/lada sulah

Cara:-
kupas kentang & rebus sehingga empuk
setelah empuk tos kan air nya & di lenyek sehingga lumat
kemudian masuk kan 5 sudu freash milk/low fat milk sikit demi sedikit. Kacau sebati kemudian masukakn butter & serbuk lada sulah/lada hitam dan garam. Jika semua dh cukup rasa kira siap dah.

Gravy nya pula.
boleh sahaja guna gravy yang sama utk ayam tadi jika tidak suka rasa lada hitam yang banyak boleh cuba resepi ini.


2 cawan air
1cube stok ayam
1 biji bawang merah di potong dadu
1 sudu lada hitam di tumbuk halus/serbuk lada hitam
renih kan bahan-bahan di atas sehingga mendidih kemudian di tapi ambil air nya sahaja.

2 sudu butter di cairkan
1 1/2 sudu tepung gandum
air rebusan di atas
garam jika perlu[rasa sebelum letak]

Cair kan butter di api pelahan kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit kemudia masukakn air repusan stok tadi yang telah di tapis.Biar kan ia mendidih. setelah itu rasa kan garam. tahap kelikatan gravy agak-agak jangan terlalu pekat. Jika pekat tambah kan sedikit air.jika dah mendidih tutup api siapp 


 Sebelum di bakar

 Di dalam oven


Black pepper gravy yang super marvelous & Hot 





Creamy Mash Potato 


ok  korang iuls dah ajar dah kan kalau xpaham inform lah. Dah ajar ni bila masak jangan lupa hantar seketul dua untuk iouls ye.hehe.. ok dah pergi masak. bai!


With L0vE : Hanie

Tuesday, November 20, 2012

Sedikit sumbangan kita mungkin memberi seribu makna buat mereka.

SIMPATI dengan rakyat di bumi Palestin tidak habis-habis dirundung penderitaan angkara askar Yahudi laknatullah yang tidak berperikemanusiaan membunuh dengan kejam rakyat yang tidak berdosa mengikut nafsu mereka sahaja!

Kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa perbuatan terkutuk askar Yahudi ini tanpa belas kasihan sedikit pun. Malang sungguh buat penduduk Gaza setelah seorang demi seorang pemimpin mereka mati syahid dibunuh dengan kejam melalui roket canggih mereka dan bangunan kediaman yang musnah runtuh oleh peluru berpandu mereka.

Kehidupan di bandar Gaza itu seperti mimpi yang amat mengerikan di mana siang dan malam sentiasa diburu dengan ketakutan dan kecemasan kerana peluru ditembak tidak kira masa dan tempat mengikut suka hati mereka sahaja. Kekurangan makanan dan minuman serta di malam harinya pula tiada lampu untuk menerangi sinar malam sudah tentu kita dapat merasakan betapa deritanya rakyat Palestin ini. Kereta-kereta kebal askar Israel pula kini mengganas menceroboh bandar Gaza untuk memusnahkan bandar serta membunuh ramai lagi penduduk Gaza. [Petikan dari utusan malaysia]

Selamatkan Gaza! Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran manakala kanak-kanak, wanita, orang-orang tua, pesakit-pesakit serta ribuan yang lain turut berada di kemuncak krisis kemanusiaan di Gaza. Kita sebagai hamba Allah seislam ayuh sama-sama membantu rakyat di gaza. Semoga sedikit bantuan kita mampu menyelamatkan ribuan nyawa di sana.

Aman palestin ada menyedia kan tabung khas untuk kita sama-sama membantu membebaskan rakyat palestin di gaza. Tak perlu pergi ke bank. Tak perlu beratur panjang. Alasan apa lagi yang kita mahu berikan untuk membantu saudara kita di palestine sana? Mari menderma seikhlas hati anda. Paling kurang RM 1. Tak kan itu pun kita tak mampu beri kan kepada mereka ?? Untuk menderma kepada rakyat Palestin,taip PALESTIN<>nilai derma(rm10/5/3/1)dan hantar ke 39111(Aman Palestin) Aman Palestin telah menyediakan satu kaedah menyumbang kepada rakyat Palestin melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Kaedah yang telah diperkenalkan sejak tahun 2009 ini amat mudah dilakukan. Berikut adalah cara menyumbang melalui SMS: 1. Taip PALESTIN RM10 / RM5 / RM3 / RM1 2. Hantar ke 39111 Semoga cara yang mudah ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.[Petikan dari Aman Palestin]


Sekadar gambar hiasan. Sanggup kah kita melihat orang yang kita sayang di kasari & di khianati?
Sama-sama lah kita usaha membantu menyelamatkan bumi Gaza. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.








 

Apa perasaan kita kalau keluarga yang kita kasihi di ganasi, di kasari dan di seksa? Anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa. Saya yakin jika kita ikhlas dan dapat bersatu menentang rejim Yahudi pertolongan Allah akan sampai dari segenap penjuru kerana bertindak diiringi dengan doa adalah kekuatan umat islam sebenarnya kerana itu adalah senjata kita. Kalau kita sebagai umat islam dapat menjalankan amanah membebaskan Palestin bukan sahaja maruah kita dapat dikembalikan malahan dunia Islam akan bersatu kukuh kembali sebagaimana kukuhnya islam di zaman para Sahabat dahulu. 


With L0vE : Hanie

Friday, November 16, 2012

Simple Olio Spaghetti di pagi hari

Ok saya ni asyik mengupdate resepi je kan. request by kawan-kawan di instagram & Facebook. Saya memang suka je ambil gambar makanan. Tak kira lah masak sendiri ke makan kat luar ke. Dah jadi habit sebelum makan ambil gambar dulu. Sampai Mr. Hubs selalu perli saya bila saya cakap dgn dia eh jap-jap instagram dulu.. He always kata "susah jadi orang melayu sekarang ni nak makan kena ambik gambar dulu.." ekeke. Tapi dia pun dah terbejangkit sekarang ni.

Pagi tadi saya bangun2 je terus ting masak Olio Spaghetti jek lah pagi ni.Masak lebih sikit tapau untuk mr.hubs sekali. Ini lah hasil bersilat pagi tadi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



My simple Seafood Olio Spaghetti. Maaf kualiti gambar tak memberangsangkan. Seafood yang ada hanya udang so takde lah meriah mana.

Bahan-Bahan:-

Spaghetti saya guna kan jenama San Remo je.[ikut suka nak banyak mana]
Seafood [ikut kesukaan]
Olive oil/butter/minyak masak biasa
1/2 kiub ayam knorr ke meggi ke
1 sudu lada hitam
2-4 biji bawang putih di ketuk/dicincang halus
1 biji besar bawang merah di potong dadu [tak nak letak pun boleh]
2-3 helai cili kering di basuh & di potong kecil2 [ikut tahap kepedasan yang di mahu kan]
Air dlm 1/2 cawan [Ikut kuah yang di kehendaki]
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Rebus spaghetti sehingga lembut.Bila dh lembut tutup api angkat &tos kan
kemudian panas kan minyak, tumis bawang putih,bawang besar, cili kering dah naik bau masukkan lada hitam, kiub ayam &seafood. 
setelah air mendidih masukakn garam secukup rasa kemudian masukkan spaghetti yang telah di tos kan tadi. Rasa kan garam, tahap kepedasan kalau nk tambah serbuk lada hitam/ cili flakes lagi pun boleh. Kalau semua dah ok tutup api and ready to eat. Tak sampai 20 minit dh siap!

Ok korang selamat mencuba! sapa dah baca tak tahu nak komen apa klik button ''LIKE" pada tajuk entry ini and share di FB anda. Thanks korang! sayang lah. xoxo



San Remo Spaghetti . Gambar credit to blog Cahaya Cinta ku

 Ini Rupa Seafood Olio spaghetti yang sebenar. Gambar kredit dari blog cahaya cinta ku.


With L0vE : Hanie

Wednesday, November 14, 2012

Hasil berkungfu di dapur kecil ku

Request dari seseorang maka saya update lah resepi yang telah saya modify sikit. Kalau rasa terliur boleh cuba..Hehe

Saya memang nak jadi kan amalan setiap hari wajib masak sendiri Breakfast + Dinner untuk mr.hubs & family. Saya nak train dari sekarang even saya masak bukan lah sedap mana. Ini semua saya belajar saya seorang teman. Dia kata mak dia pesan nak anak-anak dengar kata, suami sayang jangan lupa masak utk mereka. Air tangan isteri/ibu berkat. Itu yang saya memang ingat sampai sekarang.

So ini kira persediaan lah kan. Saya nak train diri saya sibuk macam mana pun saya akan masak untuk mr.hubs and bakal my anak-anak. Kalau tak dapat every time sehari sekali pun cukup. Saya tak tahu lah kebenaran nya. Ini hanya lah pandangan yang saya kira logik.

New update 16/11-ada hadis mengenai ini


Ok, selasa hari tu saya memang masak breakfast agak lambat sikit dari biasa. Yelah mr.hubs kan tak keje boleh lah ambik alasan masak lambat sikit. Memang dah plan nak masak kuew teow rasa dh bosan makan kuew tiaw goreng/hailam so nak try somethings yang agak lain sikit. Terus kepala dapat idea ting! kuew tiaw kungfuu..yeah.


Ini lah hasil setelah berkungfu di dapur. sangat mudah uouls. padahal bahan tak lengkap ni. so guna kan apa yang ada je lah.

Bahan-bahan:-

kuew tiaw dalam 200 g [agak2 utk 2 org makan]
2 biji telur
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng

Pecah kan telur dalam mangkuk letak lada sulat pukul2 telur tu dan masukkan kuew tiaw tadi.
Kemudian goreng macam telur dadar. Bahgikan kepada 2 bahagian ye {utk 2 orang) bila dah agak garing angkat dan letak di dalam pinggan.

Untuk Kuah:-

beberapa Udang/sotong [ikut suka]
isi ayam secukupnya
daging [jika suka]
bawang putih 3 ulas [di tumbuk]
2 sudu sos tiram
sedikit stok ayam/daging [saya guna sebelah cube ayam knorr]
3-4 biji cili padi di ketuk [ikut tahap kepedasan yg di ingini]
sayur-sayuran [carrot,sawi,bunga kobis]
1 sudu tepung jagung
sedikit air ikut kuah yang anda suka
sedikit Garam
sedikit minyak utk menumis

Cara nya:
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukakn sos tiram &stok ayam, kemudian masukakan ayam, daging dan sedikit air [saya msk kn secawan] setelah isi ayam &daging agak empuk masukkan udang/sotong dan sayur-sayuran, cili padi.
Kemudian masukakn tepung jagung, rasa kan garam.bila dah mendidih tutup api curah kan kuah keatas kuew tiaw tadi.

Boleh hias juga dengan daun bawang, bawang goreng. and Ready to eat.. nyummy2.


Ok ini gambar dari blog akk potret kasih. terliur kan. saya tengok blog beliau lah terus rasa terliur. 

 Selamat mencuba korang! eh ada ke yang nk cuba..ehee


With L0vE : Hanie

Tuesday, November 13, 2012

10.11.12 is awesome Seindah tarikh nya!

Kalau date yang cantik ni ramai yang abadi kan dengan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka tak kurang juga saya. 10.11.12 our Business group under GREEN LEADERS GROUP [GLG] di bawah pimpinan CDM Hanis Haizi & CDM Razali Zain adakan Seminar SM/SSM Cycle 3 dekat Holiday Inn Glenmarie Subang.

Seminar ni basically untuk usahawan baru belajar cara untuk buat business, macam-macam ilmu yang di perolehi termasuk slot online marketing using social media yang di sampai kan oleh CDM Al-Faath suami kepada CDM Salha. Beliau adalah Ex-Web master and now buat business bersama-sama isterinya secara fulltime.

Kali ni seminar saya menjadi peneman rakan kongsi. Setahun lepas datang sorang-sorang. speaker adalah terdiri dari CDM baru berdanding dulu speaker terdiri dari otai-otai GLG. Isi ringkas, Mudah di fahami, and padat sangat membantu para SM/SSM untuk mempraktikannya nanti.

10.11.12 @ Holiday Inn Subang awesome 


350 orang hadir untuk seminar kali ini. Sebenarnya ramai lagi nak ikuti tapi disebab kan semua tempat dah penuh almaklum lah musim wedding semua hotel fully book!

Sangat beruntung berada di bawah pimpinan GREEN LEADERS GROUP. Walaupun founder of GLG CDM Hanis Haizi baru sahaja buat business ini lebih kurang 3.5 tahun tapi kejayaan beliau dalam business ini sudah menyamai dengan mereka yang dah lama buat. Tengok sahaja kalau trip melancong & majlis penganugerahan group Green Leaders antara yang teramai. Itu bukti bahawa CDM Hanis Haizi bukan mementingkan kejayaan diri beliau tapi kejayaan Rakan kongi under Green Leaders Group seiring.

Seminar kali ini berlangsung seawal 8.30 pagi-4.30 petang memang rasa masa berlalu sangat pantas. Rasa tak puas lagi. Tempat yang cantik & selesa, makan yang sedap, pengisian yang padat buat kan seminar kali ini awesome. Saya tak menang tangan menyalin setiap butir kata-kata yang keluar dari speaker rasa nk terkucil pun ku tahan sementara tunggu break.Lol


Before start seminar memang wajib lah bergambar kan. DSM Atie, Me and Bakal SSM Nurul Azilah.
DSM atie datang along the way dari JB and Nurul datang dari Mempaga, Pahang. Jauh bukan masalah, jarak bukan penghalang. Mereka dua sudah berkahwin dan dah ada baby pun. Yang buat mereka seronok setiap tengah bulan Bonus ada and saving untuk anak-anak semakin bertambah.

Masa break lunch & solat. masing2 serius menikmati makanan sambil otak ligat tak sabar nak terus apply segala apa yang dah dapat tadi.

After lunch break slot dengan CDM Hanis Haizi. Dah macam selebriti uouls, from head to toe kalah retis. ada yang merisik Blazer Versace yang CDM Hanis Pakai tu harga dia RM10k terus rasa umakk aii. Itu semua motivasi bagi CDM Hanis Haizi. You spend alot and u will work more harder. Benda boleh dapat and dah ada cara just buat sahaja! Owh my DREAM


After habis seminar tak lepas peluang lah kami untuk sesi bergambar. kemana sahaja bergambar memang tidak boleh di pisah kan dengan kami ke kami yang sawan gambar. Masa ni batteri phone saya dah nyawa-nyawa ikan. Kamera memang tak bawak dah sejak-sejak guna iphone ni.

My Team with CDM Hanis Haizi Young & Gorgeous. Tak tahan tengok handbeg dia Prada itu blink2 gitu. That one the only yang ada kat malaysia.


Sebahagian Group DSM Atie dari kiri Bakal SSM Dayah Juliana she is arkitek &Bakal SSM Umie  is Asst Arkitek. Mereka berdua ni masih muda tapi matlamat hidup jauh kedepan rebut peluang masa mula-mula jumpa peluang business ini. Mereka tidak menoleh kebelakang walaupun sesibuk mana still masih boleh manage. 

Sangat kagum dengan semangat mereka muda-muda sudah fikir masa hadapan. Kalau hanya mengharapkan makan gaji kami hanya cukup untuk makan, Impian kami macam mana? kalau gaji hanya cukup-cukup untuk makan. Yang paling best katanya dengan business every month boleh dapat bonus. Target mereka mahu 100% kumpul duit untuk wedding dari business. Yes u will my dear. Jika saya boleh lakukan, uouls juga boleh!



Gaya mesti ada ;)


Beloved mentor CDM Fazi






Bakal SSM Eha from Kempas JB, She is Landscape Arkitek & Masih study master. Asalnya hanya nak jadi user sebab ada masalah kesihatan. After beberapa hari terus buat business. Nak kata sibuk she always busy with her work and study tapi dia pandai manage masanya. Kata nya Business online siapa pun boleh buat. We manage our time!. 


DSM Atie. Kami strangers sekarang closed friend. Memang cantik jodoh Allah, background kami sama as QS [Quantity Surveyor] di dunia pekerjaan hakiki kami tak di temu kan tapi dalam dunia business ini kami di pertemukan. Dari hanya pengguna terus turn to business. Setahun kami bersama dan insyallah hanya nyawa yang dapat memisahkan kami.

 Sebahagian Group Johor under CDM Fazi 


My 1st SM/SSM seminar masa ni baru sehari register terus joint ke seminar. Waktu ni saya datang sorang tak ada kawan and masih belum kenal sesiapa lagi. Yang saya kenal Hanis Haizi & Fazi je lah.

 Dengan Mentor Hanis Haizi 1st time jumpa, Before ni hanya follow nad tengok beliau dari blog sahaja sekarang face to face. Nervous i uouls ;)


 Fazi lah orang yang bawa saya ke sini. From day 1 sampai sekarang pegang saya tak pernah tinggal. Thanks Fazi!

Group Fazi setahun yang lepas, waktu ni masih belum seramai sekarang. Maaf gambar blur.

Setahun telah berlalu, tahun baru pun bakal menjelma. Kemana arah tuju kita? Kalau yang dah ada hala tuju teruskan. Pada yang belum cepat-cepat lakukan sesuatu. For me

" saya percaya esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh merubah apa yang terjadi pada hari esok!"


"Cabaran dan Halangan itu perkara biasa dalam meniti kejayaan. What more if you want to be extra ordinary from "normal" people kan? Kita kena buat perkara2 orang biasa tak sanggup buat. :)
Kurangkan mengeluh, banyakkan berfikir dan bertindak!"
Quoted by Hanis Haizi, One and only -Founder GLAM



I'M PROUD TO BE IN GREEN LEADERS GROUP
be part of us!

With L0vE : Hanie
019-7311 798



Tuesday, November 6, 2012

Change your Life NOW or Never

Berkira-kira juga saya nak decide masa mula-mula nak start business ni. Bukan apa saya takut akan kegagalan kerana pernah kecundang dalam business lain suatu ketika dulu. 

Otak ni asyik fikir, Aku tak ada langsung ilmu berbusiness ni. Aku tak pandai nak menjual. Aku tak pandai berniaga. Aku tak pandai cakap. Aku selalu sibuk dengan kerja mana ada masa nk buat business.Itu semua alasan yang logik!.

Bab Modal pun satu problem bagi aku. mana ada saving kerja 6 tahun, Sebab gaji bila di bahagikan dengan 30 hari cukup-cukup makan je. Mana nk saving nya. Nak buat Loan? Dulu aku dah pernah buat loan untuk satu perniagaan lain. Sudah nya aku rugi. Bukan sikit-sikit puluhan ribu. Kerana itu juga habis duit gaji bayar hutang. Kemudian saya fikir balik sampai bila aku nak macam ni? kais bulan makan bulan. buat kerja hanya untuk hidup bukan untuk kejar impian aku.

kalau orang lain boleh buat dan bejaya sekarang why not me. Tak pandai boleh belajar. Setumpul tumpul cangkul kalau di asah lama-lama tajam juga. Memang aku kena buat business ni. Aku nampak future aku. Dalam jangka masa yang singkat kalau aku buat betul-betul aku pun boleh jadi macam mereka.



Than tak nak fikir panjang-panjang almost 2 years saya hanya menjadi penonton dan pembaca setia kisah kehidupan mereka yang dulu no body and now for me they is somebody yang mengkagum kan. 2 tahun saya pergi begitu sahaja tanpa ada perubahan yang mengembirakan. Tapi mereka? terus melakar kisah hidup yang lebih baik. Why not aku buat mcm mereka. Dah ada landasan susuri sahaja apa yang sudah mereka bina.

Kunci kejayaan kehidupan ku terletak pada tangan ku sendiri bukan orang lain! Hidup aku, aku yang tentukan arah tuju nya.



Tanpa buang masa terus decide buat business sama-sama dengan my mentor Fazi & Hanis Haizi. Ternyata mereka mentor yang sangat-sangat membantu. Saya yang dulu tak pandai itu dan ini sudah banyak yang berubah. Kalau dulu sifat pemalu & berat mulut tu menebal menjadi peramah & boleh bercakap. Every single STEP di ajar. We never walk alone! itu lah beza nya business bermentor ni. Yups you must choose the right GROUP! right leadership.

Sebelum mula tu macam-macam juga dugaan yang datang tapi itu bukan lah alasan untuk tidak melakukan.
Ada sesetengah orang bila ada cabaran sikit akan cakap macam ni " mungkin ini petanda dan pertunjuk dari Allah yang aku tak boleh buat business ni" Atau ada yang cakap " aku rasa susah sangat banyak sangat dugaan nya, mungkin bukan rezeki aku dalam business ni" Apakah???

Cuba korang tanya orang yang dah berjaya kat dunia ni contoh nya Donald Trump ke Bill Gates ke, agak-agak mereka tak ada cabaran langsung ke? terus je berjaya. Terus jadi Billionaire ke?



I'm nobody. No confident with my self!
and now
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Alhamdulillah lebih berkeyakinan. and totally banyk yang berubah. From nobody i will make sure become somebody

1st Trip Hong Kong



2nd trip Vietnam








Achieved 3rd level in business another 2 step to top level


3rd trip Holland & Belgium








Subhanallah cantik sungguh ciptaan Allah s.w.t. Rasa nak baring atas bunga ni.










Muka Gembira.


4rd trip Guang zhou 
and more to come. Be part of our journey !


Sedetik kita bertangguh, seminggu terus berlalu.
Tanya diri kita apa akan jadi 5 tahun dari sekarang kalau kita tak mula sekarang?
Mula kan langkah pertama anda sekarang!

I will be in Johor untill this Wednesday. Let's me explain how to start the business.


Lot's of LOVE
Hanie
019-7311 798


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails