Friday, November 16, 2012

Simple Olio Spaghetti di pagi hari

Ok saya ni asyik mengupdate resepi je kan. request by kawan-kawan di instagram & Facebook. Saya memang suka je ambil gambar makanan. Tak kira lah masak sendiri ke makan kat luar ke. Dah jadi habit sebelum makan ambil gambar dulu. Sampai Mr. Hubs selalu perli saya bila saya cakap dgn dia eh jap-jap instagram dulu.. He always kata "susah jadi orang melayu sekarang ni nak makan kena ambik gambar dulu.." ekeke. Tapi dia pun dah terbejangkit sekarang ni.

Pagi tadi saya bangun2 je terus ting masak Olio Spaghetti jek lah pagi ni.Masak lebih sikit tapau untuk mr.hubs sekali. Ini lah hasil bersilat pagi tadi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



My simple Seafood Olio Spaghetti. Maaf kualiti gambar tak memberangsangkan. Seafood yang ada hanya udang so takde lah meriah mana.

Bahan-Bahan:-

Spaghetti saya guna kan jenama San Remo je.[ikut suka nak banyak mana]
Seafood [ikut kesukaan]
Olive oil/butter/minyak masak biasa
1/2 kiub ayam knorr ke meggi ke
1 sudu lada hitam
2-4 biji bawang putih di ketuk/dicincang halus
1 biji besar bawang merah di potong dadu [tak nak letak pun boleh]
2-3 helai cili kering di basuh & di potong kecil2 [ikut tahap kepedasan yang di mahu kan]
Air dlm 1/2 cawan [Ikut kuah yang di kehendaki]
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Rebus spaghetti sehingga lembut.Bila dh lembut tutup api angkat &tos kan
kemudian panas kan minyak, tumis bawang putih,bawang besar, cili kering dah naik bau masukkan lada hitam, kiub ayam &seafood. 
setelah air mendidih masukakn garam secukup rasa kemudian masukkan spaghetti yang telah di tos kan tadi. Rasa kan garam, tahap kepedasan kalau nk tambah serbuk lada hitam/ cili flakes lagi pun boleh. Kalau semua dah ok tutup api and ready to eat. Tak sampai 20 minit dh siap!

Ok korang selamat mencuba! sapa dah baca tak tahu nak komen apa klik button ''LIKE" pada tajuk entry ini and share di FB anda. Thanks korang! sayang lah. xoxo



San Remo Spaghetti . Gambar credit to blog Cahaya Cinta ku

 Ini Rupa Seafood Olio spaghetti yang sebenar. Gambar kredit dari blog cahaya cinta ku.


With L0vE : Hanie

2 comments:

ita ismail said...

semua bahan da ada kt uma..ptg nt bole cuba da..tq hani :)

~H @ N i ~ said...

eta-sila2. kalau nak bagi anak2 makan jangan pedas2 sangat lah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails