Thursday, February 23, 2012

Dua hati kini bersatu

Alhamdulillah ini entry saya yang pertama setelah begelar seorang isteri.
Punya lama tak update kan.. Bukan apa hari tu adik bongsu kesayangan yang gedik manja dengki nak kan lappy saya lalu si kakak yang baik hati ni dengan sukarela nya bagi lah dia lappy saya tu dengan harapan saya boleh lah pinjam lappy incik somi tup2 lappy incik somi domam pulak.. Dek virus tah hape hape la yang menyerang.. Nak update kat incik ipad tak berapa best rasa tak puas gituh..( alasan kan..kekeke) tapi last2 ter update kat sini jugak.. Lama nau lappy ni nak pulih.. Tepaksa update guna incik ipad jugak..ekekek..

Sebelum apa-apa saya nak ucapakan jutaan terima kasih yang tak terhingga pada semua hadirin, kawan2, sahabat handai, saudara mara yang sudi hadir memerih kan majlis walimatun uruss side saya & incik somi hari tu..saya mintak maaf jika ada yang terkurang.. Seriusly saya sangat nebes terlebih2 sampai diri saya pun saya tak hiraukan.. Saya kalau boleh nak semua orang yang datang umah saya & incik somi gembira, kenyang dan dapat layanan yang sepatut nya..

Terima kasih juga pada pemberi hadiah, sangat terharu dapat hadiah sebegitu banyak.. Seriusly saya tak pernah dapat hadiah banyak- banyak ni.. Masa besday pun jarang sekali saya dapat hadiah.. Apatah lagi di raikan..Sob..sob.. Sedih nya..Ni yang tibe- tibe rasa nak naik pelamin tiap- tiap bulan ni tapi dengan org yang sama lah..nak adiah punya pasal..ekeke..over pulak saya ni..Tak lupa pada yang wish terima kasih atas doa kalian, hanya allah sahaja yang mampu membalas nya..

Pasal majlis tu next entry saya update secara exclusive..wahh macam gempak je bunyi nya kan..Ekeke.. Saja nak bagi korang rajin jengguk kesini..

Saat ijab dan qabul di lafaz kan maka dua hati ini telah pun menjadi satu. Saat itu deraian air mata menyusul tanda bersyukur keatas rahmat mu ya Allah. Kau telah satu kan kami menjadi sepasang suami isteri yang sah.harapan kami sama seperti pasangan- pasangan lain, kami mengharap kan ikatan yang terbina ini akan kekal bahagia hingga ke syurga, di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Aminn..



- Posted using BlogPress from my iPad

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails