Wednesday, September 5, 2012

Tema Baju Raya

Selalu kan kita dengar & lihat bila raya masing-masing ada tema colour tersendiri. Bagi saya sekeluarga tradisi seperti ini baru sahaja kami ikuti. Semua bermula selepas saya & kakak mula bekerja. Sebelum ni apa yang mak beli kami terima je tak de lah nak request tema-tema semua ni.

Rupa nya seronok kan pakai baju sama warna/tone, bila raya nanti satu-satu family nampak cantik je.. biasa nya saya dan kakak yang dok pikir apa tema colour setiap kali raya dan kami juga yang beria menyedia kan pakaian raya satu family. Excited betol. Ayah lah orang yang selalu kata tak payah lah membazir beli baju raya ayah, bukan ayah pakai selalu pun. Tapi bagi kami kepuasan kami bila tengok emak, ayah & adik-adik pakai sedondon di pagi raya..

Tahun ni walaupun saya dh ada keluarga sendiri saya pun terfollow warna tema keluarga saya. Nasib mr.husband setuju. Baju-baju kaum wanita saya borong masa pergi Guang Zhou hari tu, Baju Mr. Husband beli kain kat Nagoya & adik-adik dan Ayah Kakak saya beli yang ready made.

Tema baju raya mengikut tahun, raya before ni tak ada gambar family sebab tak ada officialy camera, snap guna handphone saja so kualiti adalah sangat buruks..ekeke.



Mr. Husband bagi nama "YUNAK"



Raya 2012-Colour Tema Peach


Raya 2011-Colour Tema Purple


Raya 2010-Colour Tema Orange


Raya 2019-Colour Tema Red


Raya 2019-Colour Tema Turquoise Blue



With L0vE : Hanie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails