Tuesday, October 2, 2012

Petua Kehidupan

Saya ni memang suka kumpul-kumpul petua kehidupan yang berunsurkan kelebihan-kelebihan ayat al-quraan. selalu saya akan simpan dalam phone atau laptop tak banyak yang saya update dalam blog ni. Sekali nak jadi kan cerita phone saya upgrade habis lah data hilang. Tak de backup rupa nya.. Ha menangis tak belagu lah. Banyak kenangan hilang. Banyak gambar, data pribadi hilang.. rasa nak nangis pun ada.

Ni semalam saya ada terbaca beberapa petua dari Facebook ustaz & ustazah yang saya follow page mereka. Saya share kan disini untuk panduan kita semua. Mana tau esok lusa boleh di guna pakai.

1.Petua Untuk Anak Rajin Ke Sekolah & Rajin Belajar

Cara nya:
1. Sediakan sebaldi air untuk mandi
2. Baca pada air tu 4 bismillah seperti dalam gambar di bawah
3. Kemudian doa supaya anak rajin ke sekolah.
4. Mandikan anak dengan air tadi
5. Insya allah dengan izinnya, akan terdapat perubahan




2. Doa Untuk Menghilangkan Kesakitan, Kesedihan, Kekecewaan & Stress

Caranya:
1. Jadikan amalan membaca doa ini sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita. Insyallah dengan izin nya kita sentiasa di pelihara.




Dan perlu diingat penyakit-penyakit yang sembuh bukan kerana ubat atau teknologi sahaja tapi kerana keredhaan ALLAH yang maha segala-galanya dan juga berkat doa dan berusaha.

# Semoga kita semua mendapat keredhaan dari nya.. selamat bekerja.. Salam ukhwah ;)

With L0vE : Hanie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails