Wednesday, October 24, 2012

Hari Raya Haji


Selamat hari raya aidiladha korang. setahun berlalu kini aidiladha menjelang kembali. Pada yang sedang menunaikan fardhu haji di mekah atau keluarga nya di sana. Semoga Mereka mendapat haji yang mabrur.
Insyallah satu hari giliran kita pula menjadi tetamu Allah.

Saya sangat teringin nk kesana. semoga Allah perkenan kan nya. Insyallah.. Amin.
Seperti yang semua maklum hari raya haji atau juga di panggill juga Aidiladha  kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji.

Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya qurban  iaitu mendekatkan diri kepada Allah) kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri. Ibadah qurban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi) Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

Ayuh sama-sama kita lakukan pengorbanan berpuasa sunat esok hari dan melakukan ibadah qurban. Semoga hidup kita lebih bermakna & di redhai Allah s.w.t

Salam Aidiladha semua. Bagi yang pulang ke kampung halaman berhati-hati memandu. Pada yang tak pulang manfaat kn masa anda dengan sesuatu yang berfaedah.

Salam ukhwah Fillah.

Sekadar Hiasan

With L0vE : Hanie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails