Thursday, November 1, 2012

Hello Doli

Sapa ada baca News Straits Times 31 October 2012 perasan tak artikel kat bawah ni?  Tumpang bangga dengan my ex-classmate since diploma uitm perak 2001 to degree in uitm shah alam 2006 dah beberapa kali keluar media atas kejayaan perniagaan Restoran beliau. Terbaik lah Aidi & Laily!

Dulu masa zaman belajar kat perak kalau ke Taiping memang wajib lah pergi singgah Doli ni. Kalau teringin sangat siap kirim tapau dari Aidi.Pada penggemar kuew teow memang puas hati pada yang tak minat pun boleh jatuh cinta okeh. Tak pecaya cuba lah.




 Nak tau sejarah salah silah Doli baca lah disini ----> NST 31 October 2012


Meh kasik zoom in sikit gambar dari keratan artikel itu!


Specialty menu Doli Kuey Teow Goreng special. Makan sekali ingat berhari-hari. Must try, sangat SEDAPPP! special nya di goreng mengguna kan dapur arang bahan-bahan original from Taiping penuh udang & kerang segar. Rasa memang sebijik macam Doli Taiping.


Doli Nasi Ayam pon awesome, ayam nya di perap dengan rempah ratus di goreng garing memang mabeles. lagi ada Bihun/mee sup, Mee kari juga terbaik. Resepi turun temurun dari parents Aidi.




Ini lah kawan saya tu, En Aidi Suffian B Abd Rahim. From QS turn to Successful Businessman. Baik hati, Pemurah orang nya. Dari zaman belajar memang suka tolong orang. Sebelum kenal nampak pendiam bila dah kenal kuat menyakat orang ni..LoL. Semoga Rezeki beliau sekeluarga melimpah ruah.


Suatu ketika, masa ni baru je bukak kedai kami selalu melepak kedai beliau. Dah jadi port reunion pulak ;)


Tokey Doli & his 1st son Afiq Zakwan


Yang Tengah tu wife Tokey Doli Puan Asma Laily our BFF. Tak sangka dulu kami kenen2 akhirnya memang jodoh mereka. Dah ada 2 org anak pun ;)


Kedai memang sentiasa penuh. Lagi weekend. Waktu ni ada shooting Jalan-jalan cari makan. 


Waktu ni Doli belum beroperasi masih renovate.Kami saje buat site visit. Cik Fadzlin ambil tugas promote Doli supaya dapat special diskaun ;)

Khusuyuk nya saya dengar cerita tokey Doli. 2 tahun yang lepas. [Sila abaikan muka saya yang tak siap-LoL]




Seronoknya saya bergambar di belakang Doli Restoran ni. Ehemm sila lah abaikan rupa mahluk di dalam gambar ini. Maafkan dia. Belum ada kesedaran civik yang tinggi masa ni .LoL
 

Pada yang nak pergi kesini boleh google map adress ni. Jumaat tutup ye jangan datang baung minyak je. Pada group Premium Beautiful Green Leaders Group, kalau korang nak pergi kedai Doli ni sangat lah dekat dengan Akademi GLAM tuh. Location after Pasar TTDI  akan jumpa deretan kedai sebelum stesen minyak Esso.

Ok wahai tokey Doli encik Aidi saya memang dah lama tak rasa masakan anda tungu saya serang beberapa hari lagi! Korang yang dah meleleh-leleh tu tak kan nak tengok skrin ni je moh pakat-pakat serbu doli untung-untung ada orang belanja nanti..ekeke ;)

With L0vE : Hanie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails