Tuesday, November 20, 2012

Sedikit sumbangan kita mungkin memberi seribu makna buat mereka.

SIMPATI dengan rakyat di bumi Palestin tidak habis-habis dirundung penderitaan angkara askar Yahudi laknatullah yang tidak berperikemanusiaan membunuh dengan kejam rakyat yang tidak berdosa mengikut nafsu mereka sahaja!

Kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa perbuatan terkutuk askar Yahudi ini tanpa belas kasihan sedikit pun. Malang sungguh buat penduduk Gaza setelah seorang demi seorang pemimpin mereka mati syahid dibunuh dengan kejam melalui roket canggih mereka dan bangunan kediaman yang musnah runtuh oleh peluru berpandu mereka.

Kehidupan di bandar Gaza itu seperti mimpi yang amat mengerikan di mana siang dan malam sentiasa diburu dengan ketakutan dan kecemasan kerana peluru ditembak tidak kira masa dan tempat mengikut suka hati mereka sahaja. Kekurangan makanan dan minuman serta di malam harinya pula tiada lampu untuk menerangi sinar malam sudah tentu kita dapat merasakan betapa deritanya rakyat Palestin ini. Kereta-kereta kebal askar Israel pula kini mengganas menceroboh bandar Gaza untuk memusnahkan bandar serta membunuh ramai lagi penduduk Gaza. [Petikan dari utusan malaysia]

Selamatkan Gaza! Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran manakala kanak-kanak, wanita, orang-orang tua, pesakit-pesakit serta ribuan yang lain turut berada di kemuncak krisis kemanusiaan di Gaza. Kita sebagai hamba Allah seislam ayuh sama-sama membantu rakyat di gaza. Semoga sedikit bantuan kita mampu menyelamatkan ribuan nyawa di sana.

Aman palestin ada menyedia kan tabung khas untuk kita sama-sama membantu membebaskan rakyat palestin di gaza. Tak perlu pergi ke bank. Tak perlu beratur panjang. Alasan apa lagi yang kita mahu berikan untuk membantu saudara kita di palestine sana? Mari menderma seikhlas hati anda. Paling kurang RM 1. Tak kan itu pun kita tak mampu beri kan kepada mereka ?? Untuk menderma kepada rakyat Palestin,taip PALESTIN<>nilai derma(rm10/5/3/1)dan hantar ke 39111(Aman Palestin) Aman Palestin telah menyediakan satu kaedah menyumbang kepada rakyat Palestin melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Kaedah yang telah diperkenalkan sejak tahun 2009 ini amat mudah dilakukan. Berikut adalah cara menyumbang melalui SMS: 1. Taip PALESTIN RM10 / RM5 / RM3 / RM1 2. Hantar ke 39111 Semoga cara yang mudah ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.[Petikan dari Aman Palestin]


Sekadar gambar hiasan. Sanggup kah kita melihat orang yang kita sayang di kasari & di khianati?
Sama-sama lah kita usaha membantu menyelamatkan bumi Gaza. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.








 

Apa perasaan kita kalau keluarga yang kita kasihi di ganasi, di kasari dan di seksa? Anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa. Saya yakin jika kita ikhlas dan dapat bersatu menentang rejim Yahudi pertolongan Allah akan sampai dari segenap penjuru kerana bertindak diiringi dengan doa adalah kekuatan umat islam sebenarnya kerana itu adalah senjata kita. Kalau kita sebagai umat islam dapat menjalankan amanah membebaskan Palestin bukan sahaja maruah kita dapat dikembalikan malahan dunia Islam akan bersatu kukuh kembali sebagaimana kukuhnya islam di zaman para Sahabat dahulu. 


With L0vE : Hanie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails