Friday, January 11, 2013

Sambil sambilan

Salam jumaat korang.. Kejap je dh jumaat kan. Ha bagi yg bekerja 5 hr tu esok off day sure hari ni hari paling seronok kan. Tak sabar nak tunggu pkol 5.30 nak balik..

Macam tu lah daku dulu. Lagi-lagi kalau that week turn balik kampung atau ada nak pergi mana-mana. Hati memang dah tak keruan asyik tengok jam je.

Time sekolah dulu pun macam tu jugak asal hari jumaat gembira nya bukan main lagi. Hehe

Owh melalut sudah. Lain nak cerita lain pulak yang dicerita nya. Ha sekarang ni kan macam-macam jenis tudung ada kan. Yang tudung awning lah, shawl lah, bawal tone, bawal juma, pashmina lah dan bermacam-macam lagi lah kan. Sampai saya pun kadang-kadang nampak orang pakai tapi tak tau fashion apa ni.. Hehe.

Last 2 weeks lepas jumpa client dekat shah alam saya saja ajak mr.hubby jengguk seksyen 7 shah alam tempat kiteorg belajar dulu. Fuhhh happening sunggub dah tempat tu. mcm jalan TAR pun ye jugak.

Dulu masa saya tinggal kan shah alam tak de lagi kedai-kedai tu semua. And now serius nak cari apa je semua ada kat situ. Mak bapak je lah xde jual kat situ. Ekeke

Weouls lunch dekat 1 of kedai belakang jakel kedai makan masakan minang (indonesia) lupa nama kedai kalau tak silap ada nama garuda ke hapa lah. Mr. Hubby ajak try makan kat situ saya on je lah. Sekali makan uuu mak aii dah la mahal kemain. Tak sedap mana pun. Saya ambik daging and mr hubby paru goreng. Nak tercabut gigi kiteorg mkn. Itulah 1st and last kami jejak kaki kat situ. Ekeke
Maaf gambar nan ado sakit gigi+sakit hati terus telupa semua itu.

Masa makan tu ada lah sorang awek and boy dia mkn kat meja sebelah kiteorg waktu kami sampai dia dh nak balik dah. Then tak lama lepas tu awek tu dtg semula dok bungkuk2 ingat kenapa rupa nya dia tertinggal paper beg. Umakk aii nasib ler xde org ambik lagi. Tau tak dia tertinggal paper beg sugarscaf.. Saya sempat pandang muka dia. Memang pucat lesi lah sempat jugak dia mengurut dada. Memang rezeki kau lah dik non. Nasib tak kena kebas dek orang.

Dan di sebab kan itu jugak lepas makan nak ubat hati yang lara saya pun ajak mr.hubby pergi sugarscaf gak. Haha.. Kuat betul tepengaruh. Ala uouls lama dah iouls ni tak beli tudung baru tau. Sejak balik guang zhou hari tu memang tak de beli tudung baru. Mana tak nya lebih doploh lai tudung saya borong kat guang zhou hari tu. ekeke.

Mr hubby x ikut saya masuk sugarscaf butik dia tunggu dlm kereta sbb xde parking so saya sorang naik. Haha tau lah saya kalau sorg2 xreti memilih tapi cekal kan hati nak jugak beli. Haha cekal katanya. Hati memang dah lama aim nak try satu tudung ni. And rezeki apa yg saya nak memang ada. Saya rajin jugak cuci mata kat website sugarscaf tapi x berani nak beli online takut x kena dengan muka saya. So bila walkin hari tu terus sambar satu since nampak senang nak pakai, kain berat and terletak kemas. Aceeahh ferasan!

Rasa nak borong lagi lah since semalam baru dapat bonus.. Ehee.

Ok sorry gambar banyak nan ado. Apa lah kata blogger tapi gambar asyik lupa je nak snap kan. Lol






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails