Thursday, February 21, 2013

Pengalaman yang mendewasakan ku #1

Dah lama nak share tapi sekarang baru saya betul-betul sedia nak cerita. Tiada niat atau bertujuan lain semua nya untuk panduan kita semua. Mungkin apa yanag bakal anda baca adalah biasa tapi sungguh bermakna buat saya.

Pada yang dah kenal saya atau sudah khatam baca blog saya mungkin tahu apa pekerjaan saya sebelum ini. Motif nak suruh orang skroll and cari apa pekerjaan saya dahulu. ekeke.. kidding!

Masa zaman saya kerja.. zaman kau kata hanie macam lama sangat la kan..ekeke. ok waktu saya kerja dulu. ha waktu lebih sesuai diguna pakai kan korang kan. Waktu saya dapat kerja masa tu saya duduk dekat Shah Alam, ofice dekat Petaling Jaya area belakang PJ Hilton sapa tak tau kat mana dia kentut busuk..haha tetiba teringat permainan zaman kanak-kanak pulak. ok stop.




Balik pada cerita asal. Memang rezeki saya sebab baru habis seminggu exam dah dapat kerja even masa tu memang cuak juga lah.. kalau lah result keluar ku fail ke.. mati lah aku kena buang kerja. Pelik dan ajaib juga rasa masa interview mereka terus bagi keputusan kata saya di terima berkerja dengan gaji yang agak lumayan. Tak sampai 5 minit dari lutut ketar-ketar terus rasa nak lompat bintang.

Itu lah REZEKI nama nya. Bila kita selalu memohon dengan bersungguh-sungguh di serta dengan usaha yang tak jemu insya Allah, Allah akan makbulkan doa kita. Yes the power of Doa. Setiap kali solat doa saya memang nak dapat kerja sebaik habis belajar.


Masa start masuk keje hati memang gundah gulana. Start dari dapat tau kata diterima bekerja tak tau nak gambar kan macam mana perasaan tu. happy, takut, cemas, cuak eh kalau campur kan semua memang cambur baur lah. 

1st day kerja pagi-pagi dah bangun. Waktu tu pergi keje naik motor. Motor pun tumpang housemate kebetulan kawan sebelajar secouse serumah semotor dan boleh katakan sebantal tak ke tak ek.. ala korang paham kan. Nak cakap kami ni dari sejak diploma kenal sampai habis degree sampai keje pun sama-sama. Dah jodoh. Gaduh baik gaduh baik semula pun kami tetap bersama. kimia kami kuat. haha.. jangan gelak kan daku ye wahai tuan diri yang di maksud kan. jangan tanya sapa korang kena selidik sendiri. Nak tau boleh engage pegawai penyiasat persendirian. 

Ok pendek cerita masa mula-mula masuk ofice kami junior freash grad ada 3 org dan senior ada sorang. Masa mula-mula masuk yang senior terus dapatt tempat, pc dan kerja-kerja sekali. Kami yang muda belia tak tau apa ni di beri peluang kenal-kenal and sesuai kan dengan environment keje. Akibat bosan sampai tak tau apa nak buat sempat kami khatam secara berjemaah profile company.

Dari situ kami berangan kalau lah satu hari nanti kami jadi CEO macam mana lah kami nk run business kami. mula lah masing-masing berangan cakap itu ini. Macam-macam idea keluar dari yang serius sampai kan kepada yang memang super lawak dan agak sengal ubi.



Setiap hari kami akan tanya sesama kami, " bila nak jadi CEO" dan jawapan daku "suatu hari nanti" Tak sangka dari angan-angan boleh ke reality! dari makan gaji now i'm a boss of my own business. Tak pernah terduga. Start dari angan-angan itu saya selalu tanya pada diri saya sampai bila aku nk bergantung harap dengan pemberian orang?. Sehingga lah ada seseorang yang menyedar kan saya tentang angan-angan saya.

siapa DIA? to be continue..stay Tune



With L0vE : Hanie

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails