Friday, March 8, 2013

Pizza Hanie style

Salam Jumaat korang

Sekejap je masa berlalu kan. Tup tup dah nak habis minggu. Dah lama ku bertangguh nak update pasal resepi homemade pizza ku tu kan. Maaf kan lah daku ini.

Hari ni saya dah rajin sikit nk menaip mari nk share. Actually idea nak buat pizza sendiri ni as suggest by Mr. Husband. Pepagi hari tetiba dia cakap " Malam nanti kita buat pizza nak tak?" ku terus katakan kan OK! petang nanti lepas appointement kita pegi beli barang ek.

So while daku ber meeting clients dekat SACC mall Mr. Husband excited ke giant kat bawah SACC membeli barang-barangnya. Macam-macam lah dibelinya. Gaya dah macam nak makan pizza sebulan. Lol

Balik je rumah terus menguli. Kiranya ku belasah jek main campak-campak. Daku ni kalau bab merujuk resepi kang jadi benda lain. Ada je yang spoil nya. Sampai Mr. Husband pun kalau ku masak sesuatu yang baru mesti dia tanya ni campak-campak ke tengok resepi. Lol


Meriah uouls melimpah ruah bahan-bahan nya.

Sebenarnya ke enakakn pizza terletak pada base dia. Toping tu campak jek lah apa pun yang kita nak.ehee
Ok base dia saya buat ala-ala nak buat doh donut je. cuma saya tak letak telur je lah.

Untuk Doh pizza Bahan-bahan nya:-
2 cawan tepung gandum
1/2 mauripan (Yis Segera)
1 camca teh garam
1 camca teh gula
1 camca teh bread improver
2 sudu butter/minyak masak/minyak zaitun
1/2 cawan air di tuang sikit-sikit


Maaf bahan-bahan lain lupa nak snap

Cara-cara nya:-

Masuk kan kesemua bahan di atas kecuali air kedalam bekas untuk di uli
Tuang air sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh yang tidak keras/terlalu lebik
Kemudian sapu doh dengan butter/minyak masak/minyak zaitun biar rehat kan & tutup selama 30 minit - 45 minit sehingga doh kembang menjadi double.
Selepas itu tekan-tekan doh gelek atau tekan-tekan mengikut bekas acuan pizza anda.
Cucuk permukaan doh dengan garfu
Letak kan sos tomato/black paper dan tabur kan toping berselang seli dengan cheese.
Saya guna 2 cheese Cheedar & pamesan konon nak bagi pizza ku kaya dengan cheese.


 Sos ku guna sos spegeti+Sos Cili life+Black pape cap puteri kemudian sila rata kan ye



Prooses tabur menabur bahan-bahan


Melimpah ruah jadi nya, Dah siap menabur toping sila panas kan over pada suhu 190 darjah salsius selama 20-25 minit. Loyang harus lah di sapu mintak atau butter supaya tak lekat. Ku guna aluminium foil sonang.

 Siap di bakar-pandangan depan



 Siap di bakar-Closed up


 Siap di bakar-Pandangan sisi

Ok korang kalau nk cuba silah lah.resepi syok sendiri versi campak-campak dari ku. takde lah sehebat raja pizza dan ku juga buklan lah seteror Mat Gebu. Next ku kongsi resepi nasi tomato campak-campak terus jadi ye. Memang magic.. hehe

With L0vE : Hanie

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails