Wednesday, January 30, 2013

Sanggul dengan SIPUT tu lain YE! Ini Mee Siput

Tadi pagi lepas siap2 kerja rumah sambil-sambil online terasa nk mengunyah terus teringat yang last week masa nk balik subang mak ada tapau kan MEE SIPUT. Terus zass krupkrupkrap owh seriusly memang susah nk berenti bila nak makan mee siput ni. Tambah plak ada pencicah nya SAMBAL TUMIS yang nyummy-nyummy itu.

Dan saya pun mengupload gambar MEE SIPUT di instagram ramai pulak yang komen di Facebook & Instagram ku.



Bila sebut pasal MEE SIPUT memang banyak sangat memori nya. Kalau sapa-sapa tak tahu ini lah makanan atupun snack kami warga muar dan seangkatan nya. Tempat lain saya kurang pasti ada ke tak. Even dalam johor sendiri tak semua daerah ada jual mee siput ni.

Zaman kanak-kanak dulu kat kedai-kedai runcit, kantin sekolah ini lah jajan [snack] yang jual . Harga dulu standard lah 10sen ke 20 sen sahaja. Sekarang ni sekeping dalam Singgit [RM1.00]. Di kedai runcit ada jual yang mentah biasa dia pack dalam 10-20 keping jual around Lima Ringgit gitu.

Gambar ehsan google


 Goreng masa minyak betul-betul panas kalau tak nanti mee siput akan keras.




 Ready to eat. Makan bersama sambal tumis. fuhh mmg terangkat!


Sekarang ada orang jual online mee siput tau, siap sambal. Tapi sambal dia ala-ala sos. kurang kick. Boleh google bagi sesiapa nk mencuba.



Kan tadi saya kata mee siput ni banyak beri kenangan pada saya kan. Mana tak nya saya and the geng budak-budak muar dulu zaman diploma lah yang memperkenal dan memperluaskan perkenalan mee siput dengan kawan-kawan dari negeri & daerah lain. Ingat lagi zaman diploma masa study kat UITM Seri Iskandar,Perak. Weouls stay hostel and nak keluar ke kedai atau pekan agak jauh and trasport pun taj berpa nak banyak. so kalau setiap kali balik kampung memnag tapau makanan sesaja lah.

Kalau balik kampung bawah beg bukan untuk isi baju tapi isi makanan. Lol. Kalau kat kampung musim buah-buahan lagi lah. segala apa yang ada nk di bawak. Senget bahu mendukung beg. From Tangka transit Pudu than ambik bas ke Ipoh atau Batu Gajah. Siap kawan-kawan yang tak balik tunggu saya tepi jalan tolong angkat beg. mana tak nya. dari jalan besar nak ke hostel jauh dan agak berbukit bukau. Main gate ke hostel ku semangat dengan stok2 makanan. Tapi heaven. heppening sangat! Sapa yang seangkatan and from seri iskandar tahu lah.

Sampai bilik kena serbu. Penuh sebilik kenduri mee siput lah kami. Kenangan semua tu. senyum sorang-sorang kalau ingat-ingat kan balik.


Kak nurul tu antara orang-orang nya lah tu. tak perasan plak last week dia dok shout out kata teringin mee siput.










Masa zaman kerja pun saya & Lin Fadzlin [roomate] kebetulan satu opis apa lagi, kami pun ulang balik nostalgia zaman diploma. kalau dah makan tu memang jadi syok tak boleh berenti. Lagi kalau sambal tumis nya sedap..Heaven. Sambal mak ku memang menjadi igauan setiap yang dah rasa..ekeke.. kidding. ;)

Opps jauh sangat saya cerita pasal mee siput. dh macam boleh buat drama pulak. Tajuk nya Mee siput sambal tumis mak mah. LoL

By the way ada ke yang teringin nak rasa. Next week insha allah saya nak balik kampung boleh lah saya tolong belikan. satu paket around RM6 gitu [kurang pasti] tapi tak lebih RM10 lah. Eh saya buklan ejen atau penjual tolong belikan je.


With L0vE
xoxo
Hanie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails