Tuesday, March 12, 2013

Resepi Roasted Black Pepper Chicken Hanie Style

Ini update resepi sabtu lepas. Weekend saya malas nak masak lauk pauk jadi kita masak je yang very the easy yang memang tahap pejam sebelah mata boleh buat punya. Serius kalau orang sakit mata tak ada alasan tak boleh masak ye boleh sangat cuba resepi saya yang so easy ni. lol

Macam biasa lah dah jadi habit kami suami isteri dok ber instagram sebelum makan. ehem bukan lah hari-hari cuma untuk sesuatu yang nampak unik dan di rasakan sedap. oopss kang ada yang sound kau ni menunjuk nunjuk ke hape ni asyik post gambar makanan je. Kira resepi ni memang sedap. TAK TIPU! Mr. husband makan 3 ketul out of 4 haha. Kemain menjilat jari uouls.

Dan lepas post je gambar menu malam tu ada yang komen "Resepi please!" dan ku sudah pun reply "nanti update kat belog ye..tunggu!"

So ini menunaikan janji lah yek. Sebelum bagi resepi meh nak show off lagi gambar dia dulu. hehe


Yang ni Mr. Husband yang punya

 Yang ni daku punya. Suci lagi..lol

Bahan-bahan

Bahan utama mestilah Ayam yang sudah di sembelih dan di basuh bersih [ikut berapa banyak yang anda mahukan] ku hanya guna 4 ketul sahaja.
1 biji lemon di perah airnya
1 biji bawang besar di potong-potong
3 biji bawang putih di ketuk
1/2 inchi Halia
Garam secukup rasa
2 sudu sos black paper [Saya guna jenama puteri]
Black paper sesedap rasa [ikut nak pedas mana]
3 sudu olive oil/minyak masak biasa
1 biji kentang [ikut suka nak letak berapa]
1/2 carrot di potong-potong [ikut suka nak buat bentuk apa]

Cara-caranya
Setelah ayam di basuh perah kan limau pada ayam untuk menghilang kan bau-bauannya dan berbau fresh. Maklum lah ayam tak mandi..ekeke..
buangkan air nya jika terlalu banyak.
cucuk-cucuk ayam dengan garfu supaya bahan meresap cepat
Lumurkan ayam tadi dengan garam, sos black paper & halia
Taburkan black paper mengikut tahap kepedasan yang di ingini.
Curah kan minyak masak/olive oil.
Masuk kan kedalam plate atau bekas untuk di bakar
Taburkan bawang merah, bawang putih, kentang & sayur-sayuran dan perapkan ayam seketika. [saya x perap lama pun 5 minit dah terus bakar]
Bakar pada suhu 190-200 darjah celcius selama 15-20 minit

P/S: Minyak lebihan pada bekas pembakar ayam boleh di guna untuk membuat sos nya. Cuma tambahkan sedikit sos blackpaper dan sos cili dan di masak seketika di atas api.

Okeh siap. Senang kan? kan saya dah kata pejam sebelah mata pun boleh buat. Kalau pejam dedua mata nanti x nampka pulak. lol


 Closed up sebelum habis entry

Eh Mash potato & coslow tu saya order dari KFC. ehee.. sebab tu saya kata sangat mudah!

ok selamat mencuba!

With L0vE : Hanie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails